Siakap Keli
rakaman cctv pesawat elmina
Kredit: Twitter

Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina

Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina

Malaysia hari ini dikejutkan dengan satu kejadian pesawat peribadi terhempas berdekatan Elmina, di Shah Alam kira-kira jam 3 petang tadi

Sejak nahas tersebut berlaku, beberapa rakaman kejadian ngeri itu telah dikongsi orang awam dan menjadi tular di media sosial.

Selain rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam), terdapat juga rakaman insiden pesawat terhempas dari sudut pandang berbeza yang ditangkap menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kediaman berdekatan Elmina.

Rakaman dari jarak jauh yang berdurasi 17 saat itu menunjukkan saat-saat kapal terbang tersebut terhempas itu terhempas.

Selain itu, satu lagi video dashcam belakang sebuah kereta turut merakam kedudukan lebih jelas pesawat sebelum terhempas.

Sebelum ini, sebuah pesawat peribadi telah dilaporkan terhempas berdekatan Elmina, Shah Alam sekitar jam 2.49 petang, hari ini.

Menurut CAAM dalam satu kenyataan media, pesawat yang terhempas itu merupakan pesawat jenis Beechcraft Premier 1 dengan nombor pendaftaran N287V.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.

Menurut CAAM lagi, kontak pertama antara pesawat dengan Menara Kawalan Udara Subang berlaku pada 2.47 petang dan pesawat itu mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang.

”Pada 2.51 petang, Menara Kawalan Udara Subang mengesan kehadiran asap dari lokasi kejadian namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat itu.

Tambah kenyataan itu, siasatan ke atas insiden berkenaan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Terdahulu, tular di media sosial hasil perkongsian orang awam keadaan di lokasi nahas. Kesan terbakar di atas permukaan jalan dan kawasan tepi jalan jelas kelihatan.

Dalam perkembangan terbaharu, media melaporkan 10 mangsa terkorban dalam nahas tersebut melibatkan enam penumpang dan dua kru pesawat beserta dua orang awam.

Seorang Exco kerajaan negeri Pahang, Dato’ Seri Johari Harun merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas terbabit.

Permergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai telah mencetuskan rasa hiba dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk rakan sekerjanya.

Manakala sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilapor berkenan mencemar duli melawat lokasi kejadian nahas pesawat.

Laporan Astro Awani menyebut Seri Paduka Baginda dilapor berangkat tiba di lokasi kejadian dan menghubungi ahli keluarga mangsa nahas sekitar pukul 5.40 petang tadi.

BACA: Dashcam Tular Rakam Detik-Detik Pesawat Terhempas Di Elmina, Shah Alam

Sumber: Hezeri Samsuri via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma