Siakap Keli
akaun sspn dewasa
Kredit: PTPTN

Akaun SSPN: Dewasa Pun Boleh Simpan Duit, Ini Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Akaun SSPN: Dewasa Pun Boleh Simpan Duit, Ini Caranya

Bagi yang tidak mengetahui, akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) boleh digunakan untuk golongan dewasa selain daripada kanak-kanak.

Bukan setakat menyimpan untuk anak-anak tetapi kita juga boleh menyimpan di akaun SSPN ini.

Mari ikuti perkongsian yang dibuat oleh Khairul Abdullah di Facebook.

Guys, korang dah ada akaun SSPN?

Bukan yang anak-anak punya, tapi yang diri sendiri. Ya, semua orang boleh simpan di SSPN, bukan untuk anak sahaja. Aku paling recommend kalau korang yang belum ada perlindungan takaful supaya masing-masing bukan akaun SSPN Plus.

Sebabnya, selain menyimpan, dapat juga perlindungan takaful. Semua orang boleh buka akaun ni tak kiralah samada yang sihat atau dah ada penyakit apa pun.

Ambil sahaja pakej simpanan RM30/sebulan pun dah ok. Kalau dapat ambil pakej RM100/sebulan lagilah sedap.

Sebabnya, selain ada simpanan walaupun sedikit, kita dilindungi oleh takaful. Kalau kita mati, waris dapat RM30K + duit simpanan tadi. Kalau kita hidup tak mati-mati, kita boleh keluarkan wang simpanan berserta dividen. Memang tak rugi weh simpan di SSPN ni.

Kalau buka akaun untuk anak-anak lagilah bagus. Ada simpanan untuk masa depan diorang yang mana simpanan tu dijamin kerajaan.

BACA: PTPTN Umum Dividen Simpan SSPN 3.05 Peratus

Cara nak buka akaun pun mudah.

1. Klik link ini: https://bit.ly/simpansspnplus

2. Masukkan nombor ic dan email, nombor pastu enter dan akan dapat kata laluan sementara di email, masukkan dan enter.

Kredit: Khairul Abdullah/Facebook

3. Isilah maklumat tarikh lahir, warganegara dan pilih jenis akaun samada untuk diri sendiri atau untuk anak.

Kredit: Khairul Abdullah/Facebook

4. Selepas tu pilih pakej yang tersedia bermula dari Pakej Intan RM30/sebulan atau Pakej Delima RM50/sebulan dan seterusnya ikut kemampuan.

Kredit: Khairul Abdullah/Facebook

5. Selepas tu pilih syarikat pengendali takaful. Ada 3 syarikat iaitu HLMT, Great Eastern dan Takaful Ikhlas. Setiap satu ada pro and cons. Tapi nampak macam HLMT paling tinggi benefitnya. Pastu klik seterusnya.

Kredit: Khairul Abdullah/Facebook

6. Selepas itu kena isi details kita (pendeposit) yang nak buat simpanan setiap bulan tu.

7. Kemudian kena isi maklumat penerima manfaat. Bila apa berlaku pada kita, siapa nak dapat duit semua tu. Isilah maklumat anak kat situ.

8. Isi kaedah simpanan. Kena bayar 2 bulan dulu dan isi je maklumat bank untuk buat auto debit, atau potomng gaji, senang. Tapi kalau nak bayar sendiri setiap bulan, kena bayar terus 6 bulan untuk mula-mula daftar ni. Selepas itu sambunglah bayar setiap bulan.

9. Buat bayaran. Settle.

Dah siap maka korang dah ada akaun simpanan berserta perlindungan takaful serentak. Wang simpanan tu boleh dikeluarkan kalau nak guna, tapi selepas 3 tahun.

Takaful tu cover macam-macam, kalau ambil pakej simpanan RM30/sebulan, kalau mati dapat RM30K, kalau mati sebab kemalangan dapat RM60K, kalau cacat kekal pun dapat RM30K, kalau kena sakit kritikal dapat RM12K dan macam-macam lagi. Berbaloilah jugak.

Apa-apa terjadi kat korang, at least adalah sedikit wang ditinggalkan buat pasangan dan anak-anak.

Untuk hantaran penuh boleh lihat di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Khairul Abdullah/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana