Siakap Keli
bahasa melayu singapura
Gambar: beritamediacorp

Ini Respond Anak Muda Di Singapura Kenapa Takut Nak Guna Bahasa Melayu

Ini Respond Anak Muda Di Singapura Kenapa Takut Nak Guna Bahasa Melayu

Buat rakyat Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan susulan ia dijadikan sebagai bahasa ibunda di mana majoriti penduduk di negara ini menggunakannya.

Sebagai anak Malaysia, amatlah penting untuk menguasai bahasa Melayu bagi memelihara adat dan warisan supaya ia tidak ditelan dek zaman.

Namun, negara yang semakin membangun membuatkan golongan belia lebih memilih untuk menjadikan bahasa selain Melayu sebagai bahasa utama mereka berikutan dengan ajaran di rumah.

Walaupun bahasa Melayu itu penting tetapi bagaimana pula dengan masyarakat Melayu yang menetap di negara jiran di mana bahasa Inggeris menjadi bahasa utama? 

Adakah mereka terutamanya golongan belia takut untuk menggunakan bahasa Melayu di Singapura? Mari ketahui jawapan yang dikongsikan oleh @beritamediacorp di TikTok.

Sebab belia tidak tutur bahasa Melayu

Difahamkan, sebahagian anak-anak muda di Singapura ‘takut’ untuk menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Apabila ditanya sama ada mereka kerap menggunakan bahasa Melayu, jawapan yang diberikan adalah “tidak”.

Sesetengah belia yang berada di sana mengatakan mereka dikelilingi oleh orang yang menggunakan bahasa Inggeris disebabkan itu mereka terpengaruh untuk bertutur dengannya.

Mereka turut menyatakan ia kedengaran agak kekok sekiranya mereka menutur dalam bahasa Melayu.

“Saya rasa sebab kita dikelilingi oleh ramai orang yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka jadi kita lebih terpengaruh untuk gunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu,” kata salah seorang belia.

“Saya rasa tidak saya tidak bercakap Melayu dengan baik, jadi ia sedikit memalukan kalau saya cakap dalam bahasa Melayu.

“Apabila saya perlu berbual dalam bahasa Melayu ia tidak kedengaran seperti bahasa Melayu,” kata belia.

Bagaimanapun, mereka memilih untuk menggunakan bahasa Melayu ketika berada di rumah semasa berkomunikasi dengan ibu bapa atau datuk dan nenek.

BACA: Fasih Berbahasa Melayu, Wanita Serbia Nyanyi Lagu Lemak Manis Raih Perhatian

Segelintir mereka juga menyatakan pemilihan bahasa itu bergantung kepada orang yang berada di sekeliling.

Jelas salah seorang daripada mereka, disebabkan di tempat belajar mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, maka penggunaan bahasa Inggeris adalah mudah untuk difahami.

“Sekarang di politeknik, kami bergaul dengan ramai orang berbilang bangsa, berlainan bangsa.

“Jadi lebih mudah untuk kita gunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu kita,” jelasnya.

Pun begitu, semuanya bermula dari rumah di mana bahasa komunikasi yang digunakan oleh ibu bapa dan keluarga.

Sekiranya berlatih dengan lebih kerap, cara sebutan juga akan menjadi lebih baik dan boleh bertutur tanpa sebarang masalah.

@beritamediacorp

Belia kongsi kenapa mereka ‘segan’ berbahasa Melayu. #nadikampus #sgfyp #sgtiktok #fyp

♬ original sound – mediacorpBERITA – mediacorpBERITA

Sumber: @beritamediacorp/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana