Siakap Keli
remy ishak nama anak
Kredit: IG Remy Ishak

Klasik, Remy Ishak Pilih Nama Bercirikan Kemelayuan Untuk Anak Lelaki

Klasik, Remy Ishak Pilih Nama Bercirikan Kemelayuan Untuk Anak Lelakinya

Meletakkan nama anak lelakinya sebagai Tuah Alam, pelakon Remy Ishak mendedahkan mahu memilih dan mengetengahkan nama yang berasaskan unsur Melayu.

Lapor Sinar Harian, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei mengatakan impian untuk menamakan anak dengan unsur kemelayuan telah difikirkan sejak dia bujang lagi.

Ujarnya, perkara itu juga telah dipersetujui oleh isterinya, Ezza Yusof.

“Masa saya bujang dulu saya ada terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur-unsur Melayu.

“Saya pilih nama Melayu, saya nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan Ezza dan dia pun setuju,” katanya.

Pelakon berusia 41 tahun itu juga turut berkongsi bahawa dia telah melakukan senarai pendek untuk nama anaknya sebelum memilih nama Tuah Alam.

Dia juga mengatakan mahu mencampur nama Melayu dan moden namun, campuran nama itu tidak kena dengan jiwanya.

“Selain daripada Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander, sebab hari tu saya ada baca buku Alexander.

“Tapi last sekali kita lock dengan Tuah Alam. Nak ada nama mix juga pada mulanya tapi tak boleh sebab bukan jiwa,” jelasnya.

BACA: Abdullah Abbas Nama Anak Kedua Neelofa

Memang mahu nama Tuah

Menurutnya, nama Tuah dipilih bukan sebab ia adalah nama pahlawan namun ia juga membawa maksud yang lain.

“Tuah mungkin orang akan ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu sahaja. Ini pendapat individu.

“Ada orang mahu letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi untuk saya Tuah itu… Kenapa tidak kita letakkan nama Melayu terus.

“Maksudnya Tuah adalah Tuah. Jadi daripada pakai nama Arab saya terus pakai nama Melayu sahaja,” tambahnya.

Sebelum ini, media melaporkan Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertamanya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sekitar 11.17 pagi pada 27 Julai lalu.

Pasangan tersebut menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun sebelum disatukan pada 21 Ogos 2021.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Amerul Affendi Akan Cuba Nasib Pergi Ujibakat Keluang Man, Tapi Kena Buat Ni Dulu 

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.