Siakap Keli
mudah koyak mb kelantan
Kredit: Sinar Harian

Jangan Mudah Koyak – MB Kelantan

Jangan Mudah Koyak – MB Kelantan

“Kita kalau hendak terlibat dalam politik jangan mudah koyak,” demikian nasihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada pihak lawan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PN).

Kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau mengulas tindakan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Kota Lama yang menuntut permohonan maaf darinya.

“Mengenai tindakan undang-undang (BN-PH), kita tengok dulu surat (notis). Setakat ini saya belum terima,” katanya pada Ahad.

Sementara itu, Mohd Nassuruddin masih mempertahankan kenyataan yang dibuat pada Jumaat lalu di mana beliau mengatakan kedua-dua wakil rakyat tersebut telah melawan perjuangan Islam.

Wakil rakyat DUN Meranti itu berkata semasa penyampaian kuliah tersebut, ia jelas menyatakan mereka melawan perjuangan Islam dan bukan melawan Islam.

“Islam dengan perjuangan Islam lain. Itu dua benda yang berbeza, jadi…jangan pusing mengatakan saya menyebut mereka melawan Islam… tidak.

“Boleh dengar elok-elok, saya sebut menggunakan bahasa Melayu Kelantan yang boleh difahami,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan wakil rakyat Dewan DUN Galas dan Kota Lama meminta Mohd Nassuruddin untuk membuat permohonan maaf kepada mereka dan pengundi BN dan PH dalam tempoh tujuh hari bermula Ahad.

Difahamkan, notis tuntutan maaf akan dihantar pada Ahad kepada Pejabat Menteri Besar selepas laporan polis dibuat, kata wakil rakyat DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.

BACA: Gelaran ‘Dato’ Panglima Perang’: Bukan Suka-suka Guna, Memang Ada Dalam Istiadat & Ini Sejarahnya

Sebelum ini, Mohd Nassuruddin telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan.

Manakala, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Haji Hassan pula telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi dua hantaran di laman facebook rasminya.

PAS Pusat turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin berkenaan diatas perlantikan tersebut serta memberikan ucapan maju jaya.

“Selamat menerajui bahtera kepimpinan kerajaan negeri menuju kecemerlangan duniawi dan ukhrawi melalui dasar Membangun Bersama Islam.

“Gabungan ulama dan profesional yang akan membawa pembaharuan di negeri Cik Siti Wan Kembang. Selamat berkhidmat!” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.