Nak Luang Lebih Masa Dengan Keluarga, Hairul Azreen Umum Berhenti Berlakon
Pelakon lelaki popular, Hairul Azreen hari ini mengumumkan bahawa dia bakal bersara dalam bidang lakonan.
Pengumuman itu nyata mengejutkan para penyampai radio sewaktu dia memberikan ucapan dalam rancangan radio Era FM awal pagi ini.
Jelasnya, dia telah berpuas hati dengan pencapaiannya dalam bidang tersebut dan keputusan itu dibuat adalah demi kebaikannya.
“Saya Hairul Azreen, nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon sebab saya dah buat semua benda dah.
“Saya dah jadi seorang pelakon daripada stunt. Saya dah jadi seorang pelakon filem. Saya doa, saya jadi hero filem, dan Allah makbulkan doa saya. Dan sekarang saya jadi hero filem aksi
“Dan filem-filem saya, Paskal membuat 40 peratus orang jadi tentera,” ujarnya dalam program pagi itu.
Tambah pelakon utama Paskal itu, filem Malbatt Misi Bakara bakal menjadi filem terakhirnya sebagai seorang pelakon.
“Dan filem Malbatt inilah, insya-Allah filem terakhir saya sebagai anggota tentera (pelakon),” katanya lagi.
Pelakon berusia 35 tahun itu berkata dia bersyukur dengan pemberian Allah SWT terhadap kejayaan yang dikecapi oleh dirinya.
“Dan saya dah buat di belakang tabir sebagai stuntman, extra, invester untuk filem-filem, director, producer.. semua benda saya dah lalui.
“Dan perjuangan saya biarlah saya akhir dengan satu filem yang membanggakan saya, Malbatt Misi Bakara,” katanya.
Mahu Menghabiskan Waktu Bersama Keluarga
Meskipun bakal berhenti daripada arena lakonan, dia menjelaskan masih bergiat aktif di sosial media.
BACA JUGA: Farid Ceraikan Diana Danielle Talak Satu Secara Atas Talian
Dia mengambil keputusan itu selepas berfikir tidak sempat berbakti kepada ahli keluarga khususnya buat anak-anaknya disebabkan kesibukan kerja.
“Ada orang tak sempat nak tengak mak bapak dia, sibuk dengan kerja. Ada orang tak sempat tengok anak-anak dia membesar.
“Saya Alhamdulillah mak saya masih ada. Jadi, saya buat kajian untuk diri saya, untuk family saya.
“Macam saya tak dapat nak tengok anak-anak, bila saya buat filem, saya perlukan enam bulan, saya buat badan seminggu enam kali, pagi petang malam.
“Tahu-tahu anak saya dah besar. Tahu-tahu diorang dah pergi sekolah. Dan saya tak sempat nak buat benda tu semua.
“So saya dah dapat, dah cukup, saya dah rasa puas dengan yang saya buat,” kata Hairul.
Ketika ditanya mengenai persetujuan ahli keluarga, Hairul memberitahu isterinya, Hanis Zalikha yang juga pelakon bersetuju dengan keputusan yang dibuat tersebut.
Tambahan lagi, isterinya juga kini sehaluan dengannya lebih-lebih lagi tidak terlibat dalam bidang lakonan sejak sekian lama.
Difahamkan, selepas berhenti daripada kerjayanya sebagai pelakon, Hairul mahu memfokuskan dalam bidang keusahawanan.
Harapan Untuk Filem
Walaupun mempunyai tawaran berlakon di bawah arahan Syamsul Yusof dan dijangka diterbitkan pada tahun depan, namun Hairul menjelaskan ia masih belum diputuskannya.
“Ya sebab tu saya buat yang terbaik untuk semua filem action saya, biarlah semua orang namapak orang Malaysia hargai pengorbanan pelakon-pelakon kita.
“Macam mana kita susah-senang, saya patah dan macam-macam untuk orang appreciate filem kita. Dan sama juga untuk filem tentera, saya harap orang Malaysia bangga dengan tentera Malaysia,” ucapnya dengan penuh harapan.
View this post on Instagram
Sumber: ERA Malaysia