Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dron Di Kawasan Persiapan, Sambutan Hari Kebangsaan Adalah Dilarang – CAAM

Iqbal Yasir
dron hari kebangsaan
Gambar: Bernama

Dron Di Kawasan Persiapan, Sambutan Hari Kebangsaan Adalah Dilarang – CAAM

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) — Penggunaan dron tanpa kelulusan di kawasan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah dilarang bermula dari 21 hingga 31 Ogos ini, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM dalam kenyataan berkata larangan itu antara lain bagi mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan sepanjang tarikh tersebut.

“Larangan penggunaan tersebut adalah bagi memastikan sambutan Hari Merdeka dapat diraikan dengan selamat dan mengelak kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam,” katanya.

BACA JUGA: Terbengkalai Dan Suram, Youtuber Kongsi Rakaman Drone Keadaan Taman Tema MAPS

CAAM berkata sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Arahan Penerbangan Awam (CAD).

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos ini dengan tema “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Sumber: BERNAMA