Siakap Keli
menara jam sambar kilat
Kredit Gulf Today

Detik “Rare” Kilat Sambar Menara Jam Di Mekah Berjaya Dirakam

Detik “Rare” Kilat Sambar Menara Jam Di Mekah Berjaya Dirakam

Sebuah video yang dirakam dari pergunungan di Mekah berjaya merakam kejadian rare kilat menyambar Menara Jam pada semalam sekitar pukul 8 malam, lapor Gulf Today.

Pengguna media sosial juga dilihat telah berkongsi gambar dan video berkenaan kejadian yang jarang berlaku itu.

Video perkongsian itu menunjukkan kilat menyambar puncak Menara Jam dan menerangi langit selama empat saat.

Selain itu, hujan lebat semasa kejadian itu turut membawa kelegaan kepada mereka yang berada di Masjidil Haram

Beberapa klip video lain turut memaparkan kejadian angin kencang sehingga menerbangkan penghadang dan pekerja pembersihan di halaman Masjidil Haram.

Dalam pada itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan di Arab Saudi melaporkan bahawa awan petir kumulus akan berada di kawasan Asir, Jazan, Al-Baha dan Mekah.

Awan itu kemudiannya akan bergerak ke arah barat dan hujan sederhana serta lebat dijangkakan akan berlaku.

Sementara itu, media tempatan turut melaporkan bahawa hujan lebat telah turun di kawasan berbeza di Mekah.

Pihak berkuasa turut menyatakan bahawa hujan akan menjadi penyelamat dan rahmat kepada penduduk Mekah yang berdepan dengan peningkatan suhu.

Aktiviti luar biasa dilaporkan berlaku sepanjang minggu lalu

Laman web Cuaca Arab menyatakan bahawa wilayah barat daya dan barat Kerajaan itu menyaksikan aktiviti cuaca yang luar biasa sepanjang minggu lalu.

Keadaan cuaca itu telah membawa kepada hujan dengan intensiti yang berbeza di wilayah tersebut.

Media melaporkan bahawa Mekah, termasuk tapak suci terjejas secara langsung oleh cuaca ini dan ia juga menyaksikan ribut petir serta hujan lebat berlaku.

BACA: Jalan Kaki Lebih 8,000km Dari India, Lelaki Berjaya Tiba Di Mekah Untuk Tunai Haji

Wanita Kongsi Momen Lucu, Ibunya Tersalah Beli Tasbih Ketika Di Mekah

Berdasarkan perkongsian pengguna TikTok @syierah_azman, ibunya dipercayai baru sahaja pulang dari Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji.

Namun apa yang menarik, tasbih yang dibeli oleh ibunya adalah lain daripada yang lain pernah kita jumpa di pasaran Malaysia khususnya.

Menurutnya, ibu wanita itu telah membeli tasbih tersebut di Mekah. Apabila dibuka dekat rumah baru tahu bahawa ibunya telah tersalah membeli tasbih.

Sumber: Gulf Today

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.