Siakap Keli
lelaki berjaya tiba di mekah
Gambar: Instagram Shihab Chottur

Jalan Kaki Lebih 8,000km Dari India, Lelaki Berjaya Tiba Di Mekah Untuk Tunai Haji

Jalan Kaki Lebih 8,000km Dari India, Lelaki Berjaya Tiba Di Mekah Untuk Tunai Haji

JEDDAH — Hasrat seorang lelaki India untuk menunaikan haji tercapai setelah tiba di Mekah dengan hanya berjalan kaki dari India, lapor India Today.

Lelaki Berjalan Kaki Dari India Ke Makkah

Shihabudeen Sayid Alawi, juga dikenali sebagai Shihab Chottur berasal dari Valancherry di daerah Malappuram Kerala.

Dalam merealisasikan impiannya itu, dia perlu mengharungi perjalanan sejauh 8,640 kilometer (km) selama lebih setahun (kira-kira 370 hari).

Sebelum menuju ke negara Arab Saudi itu, Shihab menjelajah ke beberapa negara seperti Pakistan, Iran, Iraq, Kuwait.

Shibab memulakan perjalanannya pada 2 Jun 2022  dan tiba di Makkah pada 7 Jun lalu.

Sewaktu tiba di Arab Saudi, Shihab telah menziarahi sebuah tapak peninggalan penting Islam di Madinah.

lelaki berjalan kaki makkah
Gambar: Instagram Shihab Chottur

Ketika di Madinah, dia. menghabiskan 21 hari di lokasi itu sebelum berangkat ke Mekah.

Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah, ia mengambil masa selama sembilan hari. Lelaki itu perlu menempuh jarak perjalaan sejauh 440 km.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu berkata dia mengambil masa setahun untuk membuat persiapan menempuh perjalanan yang sukar itu. Ia bertujuan memastikan akses lancar ke semua negara yang perlu dilaluinya.

Tambah lelaki berusia 31 tahun itu, dia hanya berbekalkan kayu, beg galas yang dilengkapi dengan empat barangan termasuk pakaian, ubat serangga (bagi melindungi daripada haiwan liar) sepasang kasut tambahan, dokumen rasmi dan sejumlah wang untuk haji.

BACA JUGA: Mula Dari Bidor, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 10,161 KM Menuju Mekah

Sepanjang perjalanan solo berjalan kaki, dia telah kehilangan 18 kilogram (kg). Shihab menjelaskan bahawa dia hanya makan makanan tradisional yang disifatkan baik untuk kesihatan badan.

Dia juga dapat meneroka pelbagai budaya dan masakan yang berbeza di sepanjang perjalanannya.

Gambar: Shihab Chottur

“Untuk sampai ke Mekah dan Madinah adalah impian saya. Dan untuk sampai ke sana dengan langkah kaki adalah tujuan saya.

“Saya sentiasa menyimpan matlamat di depan mata dan saya bekerja keras untuk mencapainya hingga ia menjadi kenyataan,” katanya.

Jelas lelaki berusia 31 tahun itu, dia berharap perjalanannya ke tanah suci itu dapat mejadi ilham kepada orang ramai.

Shihab sering berkongsi coretan perjalanannya di media sosial, di mana dia mempunyai lebih 4.9 juta pengikut di Instagram, 1.5 juta subscribers di YouTube dan halaman Facebook.

Sumber: India Today, Arab News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?