Siakap Keli
cara mudah kopek jagung
Kredit TikTok/@pakman3590

Lelaki Ni Kongsi Cara Mudah Kopek Jagung Jadi Sebiji-Sebiji Yang Ramai Tak Tahu

Lelaki Ni Kongsi Cara Mudah Kopek Jagung Jadi Sebiji-Sebiji Yang Ramai Tak Tahu

Jagung adalah merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dalam pelbagai jenis menu dan hidangan.

Kebanyakan penggemar buah ini, mereka sering menghasilkan menu seperti pencuci mulut atau ‘desert’ yang manis sebagai pilihan utama.

Menu popular yang sering dijumpai berasaskan jagung adalah seperti bubur jagung, jagung rebus, jagung bakar dan pelbagai lagi.

Terbaru, jagung rebus juga telah dipelbagaikan variasi jenis campuran. Kalau dulu, jagung rebus hanya dicampur dengan garam dan margerin atau susu.

Kini jagung rebus telah dipelbagaikan lagi dengan campuran seperti keju dan perisa.

Namun begitu, untuk mendapatkan jagung rebus yang sebutir-sebutir bukanlah mudah.

Jika mahu membelinya secara sejuk beku mungkin akan melibatkan kos yang sedikit tinggi berbanding diproses sendiri di rumah.

Oleh itu, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan berkenaan cara mudah untuk kopek jagung agar jadi sebiji-sebiji seperti yang dijual secara sejuk beku di pasaran.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @pakman3590.

Potong jagung kepada dua bahagian dan belah jagung kepada dua bahagian

Menurut lelaki itu, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan memotong jagung tadi pada dua bahagian.

Kredit TikTok

Seterusnya adalah belah bahagian jagung yang dipotong tadi kepada dua lagi bahagian.

Kredit TikTok

Ambil jagung yang sudah dibelah tadi dan kemudiannya kopek jagung macam biasa dengan cara menolak jagung di bahagian potongan belahan tersebut.

Lihat gambar di bawah untuk gambaran jelas:

Kredit TikTok

BACA: Guna “Sellotape” Je, Wanita Kongsi Cara Mudah Lukis Bulan Dan Bintang Bendera Malaysia

Sekarang anda akan dapat jagung yang sebiji-sebiji dengan mudah dan jimat kos. Cara ini sangat sesuai dilakukan untuk anda yang berniaga jagung rebus secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran.

Proses ini mudah untuk dilakukan dan ia juga boleh dilakukan apabila mempunyai waktu lapang. Anda hanya perlu masukkan jagung yang sudah siap dikopek ke dalam peti sejuk beku sekiranya mahu menggunakannya untuk di kemudian hari.

Diharap perkongsian ini dapat membantu pembaca yang mempunyai masalah untuk mendapatkan jagung cukup sifat sebiji-sebiji.

@pakman3590

Tips yang ramai tak tau#jagung#tips#resepipakman #diy #caramemasak

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Sumber: TikTok/@pakman3590

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.