Siakap Keli
cara lukis bulan bintang bendera malaysia
Kredit TikTok/@herbbymall

Guna “Sellotape” Je, Wanita Kongsi Cara Mudah Lukis Bulan Dan Bintang Bendera Malaysia

Guna “Sellotape” Je, Wanita Kongsi Cara Mudah Lukis Bulan Dan Bintang Bendera Malaysia

Bulan Ogos adalah merupakan bulan yang istimewa buat negara kita sempena dengan bulan kemerdekaan.

Setiap tahun, pada tarikh 31 Ogos sambutan Kemerdekaan akan disambut dengan meriah di setiap negeri bagi meraikan hari istimewa tersebut.

Untuk tahun ini, negara Malaysia akan menyambut kemerdekaannya yang ke-66 tahun.

Menjelang hari kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti menarik yang akan dianjurkan dari peringkat sekolah, negeri sehinggalah ke peringkat negara.

Aktiviti yang paling dinantikan oleh pelajar sekolah pastinya pertandingan melukis dan mewarna ‘Jalur Gemilang’.

Namun tidak semua mempunyai bakat dalam melukis Jalur Gemilang tersebut, kerana pada bendera Malaysia terdapat satu proses yang sedikit susah untuk dilakukan.

Proses tersebut adalah untuk melukis bintang yang mempunyai 14 bucu.

Justeru, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan tips dan cara mudah untuk melukis bintang 14 bucu yang sering menjadi igauan ngeri bagi setiap orang khususnya yang tidak pandai melukis.

Perkongsian video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @herbbymall.

“Zaman Sekolah dulu, korang lukis Bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahi bintang?,” tulis muat naik perkongsian tersebut.

Menurut wanita itu, barang-barang yang diperlukan untuk melukis bintang tersebut adalah mudah dan ia mungkin berada dalam simpanan anda sendiri.

Antara barang-barang yang akan digunakan adalah pensel, pembaris, pemadam, sellotape besar dan sellotape kecil atau penutup botol kecil.

Kredit TikTok

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan melukis bulatan besar sebagai tanda panduan untuk diameter luar bintang yang akan dilukis nanti.

Kemudian lukis bulatan kecil menggunakan sellotape kecil atau penutup botol yang disediakan sebelum melukis tadi.

Hasil lukisan dua bentuk bulatan tadi akan menghasilkan bentuk seperti donut.

Langkah seterusnya, buat garisan lurus di tengah-tengah bulatan serta tandakan X di tengah-tengah bulatan.

Kini anda boleh garis buat segi tiga bucu bintang di bulatan tengah yang kecil tadi sebagai penanda awal.

Selepas sudah dapat dua bucu, tambahkan enam lagi bucu di setiap sisi bulatan yang masih kosong. Enam bucu sebelah kiri dan enam bucu di sebelah kanan.

Pastikan setiap kali tanda bucu garisan, anda ikut titik pusat di tengah- tengah bulatan tersebut. Proses itu dibuat supaya bila sedang lukis, anda akan dapat bucu yang seimbang kiri dan kanan.

Kredit TikTok

Selepas dapat titik yang ditanda sebagai bucu, anda boleh mula buat garisan segi tiga untuk setiap bucu. Cantumkan garisan di setiap bucu sehingga dapat bilangan 14 bucu seperti pada bendera Malaysia.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Apabila bintang sudah siap, kini anda boleh padam tanda-tanda yang dibuat bagi memudahkan proses melukis bintang tersebut.

Untuk buat bulan pula, anda juga boleh menggunakan sellotape besar tadi. Hanya perlu lukis separuh daripada sellotape besar tadi, ikuti langkah berkenaan sebanyak dua kali.

Kredit TikTok

Sekarang Bintang dan bulan sabit anda sudah siap.

Diharap perkongsian ini dapat membantu pembaca untuk melukis bintang 14 bucu bersempena dengan hari Kemerdekaan tidak lama lagi.

@herbbymall

Zaman Sekolah dulu,korang lukis Bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahiii bintang? sebenarnya mudah je, kalau nak guna jangka lukis pun lagi mudah. Share dekat anak-anak, kawan-kawan dan Cikgu sekolah korang 🤭 👉 Cara lukis Bintang bucu 14 benders Malaysia 🇲🇾 Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang ke-66 #malaysiamerdeka🇲🇾 #merdeka2023 #tutoriallukisbenderamalaysia #bintangbucu14

♬ original sound – Song lyrics – Song lyrics

Sumber: TikTok/@herbbymall

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka