Siakap Keli
Nad Zainal private akaun instagram
Kredit Instagram/ungkuismailaziz, Instagram/nad.zainal

Nad Zainal “Private” Akaun Instagram

Nad Zainal “Private” Akaun Instagram

Pelakon wanita popular Nad Zainal pada hari ini telah menukar tetapan akaun Instagram miliknya menjadi ‘private’.

Pelakon yang mempunyai 2.3 juta pengikut itu telah menukar tetapan itu pada hari ini dan menyebabkan beberapa spekulasi mula timbul.

Kredit Instagram

Bagaimanapun, tinjauan SK ke akaun Instagram Ungku Ismail masih lagi berada dalam paparan umum.

Pada November tahun lalu, Nad Zainal telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan selepas mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.

Berita itu dikongsikan oleh rakan artis Ungku Ismail dalam muat naik ‘story’ di Instagram miliknya pada tengah hari tadi.

Beliau juga sempat meminta orang ramai untuk mendoakan agar Nad Zainal boleh sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusannya.

“Assalammualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahumma Aamiin. Allahu Yashfiiha. Allah Yashfiiha. Allahu Yashfiiha,” tulis muat naik ‘story’tersebut.

Nad sah bergelas isteri kepada Ungku Ismail

Pada Januari awal tahun lalu, Nad Zainal dan Ungku Ismail sah bergelar suami isteri setelah memuat naik sebuah video yang mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan ramai pada hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Nad Zainal di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Nad Zainal meletakkan kapsyen ‘Alhamduillah’ dengan gambar bersama Ungku Ismail di hadapan sebuah masjid dan juga hantarannya.

Pasangan itu mengenakan pakaian serba putih sambil berpegangan tangan menaiki tangga masjid dalam video pendek yang dikongsi sebelum ini.

Dalam pada itu, pasangan sejoli itu turut berkongsi kapsyen yang sama dengan meletakkan emoji berbentuk hati dan dikuti dengan tarikh hari ini.

Sumber: Instagram/nad.zainal

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.