Siakap Keli
dbkl angkut kereta bukit bintang
Kredit Facebook/DBKL

DBKL Angkut Kereta, Motor Halang Lalu Lintas Di Bukit Bintang

DBKL Angkut Kereta, Motor Halang Lalu Lintas Di Bukit Bintang

Sebanyak 67 notis kompaun telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi Tindakan Khas Angkut, Tunda dan Kompaun Kesalahan Lalulintas di Jalan Ampang, Bukit Bintang.

Operasi yang dibuat menerusi Pegawai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan itu telah dijalankan pada jam 9.00, malam tadi.

Selain notis kompuan, sebanyak 24 kereta turut ditunda termasuk 15 motosikal telah diangkut oleh DBKL dalam operasi tersebut.

Menurut kenyataan DBKL, operasi itu dijalankan terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang membuat halangan lalulintas.

Ia termasuk meletak kenderaan di laluan awam dan tempat yang tidak dibenarkan seperti yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Tambah DBKL lagi, operasi itu dijalankan selepas menerima aduan awam berkenaan kenderaan yang diletak secara melulu.

Kredit DBKL

“Operasi dijalankan berikutan DBKL menerima aduan awam. Di mana terdapat peletakan kenderaan secara menghalang kelancaran lalulintas dan halangan laluan pejalan kaki serta laluan orang kelainan upaya (OKU),” tulis kenyataan itu.

Kredit DBKL

Difahamkan, kenderaan-kenderaan yang ditunda telah dibawa ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Pahang.

“Kenderaan yang ditunda dan diangkut dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi / tuntutan,” tambah kenyataan itu lagi.

Kredit DBKL

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Dalam pada itu, DBKL turut menasihati pengguna jalan raya dan pemilik premis agar mematuhi peraturan dan isyarat lalulintas yang telah ditetapkan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan mereka di tempat yang sepatutnya. Ia bagi mengelakkan daripada kenderaan menghalang dan mengganggu laluan pejalan kaki atau kelancaran lalulintas.

“Pengguna jalan raya dan pemilik premis diingatkan agar mematuhi peraturan dan isyarat lalulintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Pastikan kenderaan (motosikal/kereta) diletakkan ditempat sepatutnya,” akhiri kenyataan tersebut.

Sumber: Facebook/Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.