Siakap Keli
Konsert percuma 31 Ogos
Kredit X/Bunkface, Instagram/MK

Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Macam tak percaya ja, ada lagi penganjur yang nak anjurkan ‘konsert’ secara percuma untuk orang ramai. Yelahh, siapa ja nak bagi tengok persembahan artis tanpa sebarang tiket perlu dipamerkan. Yang lagi best, ramai artis terkenal yang akan ada dekat event ni, memang confirm ramai punyalah nanti.  

Antara artis yang akan buat persembahan adalah Bunkface, Radhi OAG, MK K-Clique dan ramai lagi artis tempatan yang akan menghiburkan korang.

Event apa yang min maksudkan ni?

Sebenarnya acara ini adalah sebahagian daripada kempen Viu Lokal Lah! yang akan berakhir pada 31 Ogos nanti. Viu Lokal Lah! Live Showcase ini dibawakan oleh Vivo Y78 5G dengan pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda dan persembahan dari artis popular bermula dari jam 4 petang hingga 10 malam. 

Lagi best, korang juga berpeluang menang hadiah menarik yang ditawarkan, antaranya adalah barangan eksklusif Viu, baucar Prism+ TV dan banyak lagi. 

Nak tahu siapa lagi artis yang terlibat pada Viu Lokal Lah! Live Showcase? 

Antaranya ialah Bunkface, Saixse,Kidd Santhe, Radhi OAG & Budak Scene All-Stars, MK K-Clique, Aisha Retno, Fimie Don dan Iqbal (Iqbal M).

Lagi best, sambil layan persembahan, korang juga boleh jumpa depan-depan muka dan beramah mesra bersama pelakon Viu antaranya Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don, Ikmal Amry, MK K-Clique, Ezzanie Jasny dan ramai lagi. 

Kredit Viu

Kempen Viu Lokal Lah!

Kempen Viu Lokal Lah! ini adalah merupakan sebuah kempen yang memberi sokongan kepada karya-karya seni tempatan ataupun lokal supaya boleh berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, platform penstriman popular Viu juga telah menawarkan lambakan filem dan drama tempatan atau lokal untuk tontonan anda secara percuma sepanjang bulan kebangsaan ini. .

Antara siri yang mendapat perhatian penonton adalah seperti I Love You Stupid, Nenek Bongkok Tiga, Hilang, Keluarga Baha Don, Black dan filem seperti Muhsin, Songlap dan banyak lagi.

Kalau macam ni punya menarik, lepas ja pergi tengok perarakan pada waktu pagi di dataran Merdeka, korang boleh terus gerak ke Viu Lokal Lah! Live Showcase pada sebelah petangnya.

Dari petang sampai ke malam korang boleh berhibur dengan persembahan artis terkenal dan berjumpa dengan pelakon-pelakon Viu. Hah jangan lupa ajak kawan-kawan dan keluarga pulak, barulah meriah, baru ada lebih fun.

Tapi sebelum tu kalau nak tahu lebih lanjut tentang filem/drama Lokal dan Lokal Lah!, korang klik ja dekat sini.

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka