Siakap Keli
guru support pelajar oku tamatkan perlumbaan
Kredit TikTok/@faridkamaruddin18

“Terima Kasih Cikgu,” Guru Wanita Dipuji, Gigih “Support” Pelajar OKU Tamatkan Perlumbaan

“Terima Kasih Cikgu,” Guru Wanita Dipuji, Gigih “Support” Pelajar OKU Tamatkan Perlumbaan

Satu video yang memaparkan aksi seorang pelajar OKU sedang menyertai pertandingan lumba lari tular di media sosial.

Berdasarkan video perkongsian seorang pengguna TikTok @faridkamaruddin18, pelajar lelaki itu dilihat gigih menamatkan lariannya walaupun dalam keadaan bertongkat.

Apa yang lebih menarik, seorang wanita yang dipercayai sebagai guru pelajar itu turut menyertai larian itu bagi memberi sokongan kepada pelajar tersebut.

“Aku tahu kau orang paling kuat dik. Terima kasih cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.

Di awal video tersebut, seramai lima orang peserta termasuk pelajar OKU itu telah menyertai pertandingan berkenaan.

Kesemua peserta dilihat beratur di garisan permulaan sebelum dilepaskan oleh pengadil larian.

Kredit TikTok

Pelajar yang ketiadaan kaki kiri itu hanya menggunakan dua batang tongkat bagi membantunya menyeimbangi badan dan berlumba dengan pelari lain.

Tidak mengalah dan berusaha mengakhiri lariannya

Pelajar itu dilihat berusaha sehabis baik untuk cuba mengejar lawannya sambil diiringi seorang guru wanita yang memberi sokongan.

Selain guru-guru, para pelajar turut dilihat memenuhi kawasan perlumbaan tersebut bagi menyaksikan acara yang dipertandingkan itu.

Kredit TikTok

Walaupun mengakhiri perlumbaan di tempat yang terakhir, semangat dan kegigihan pelajar itu untuk menamatkan lariannya wajar dipuji.

Perkongsian itu segera mendapat perhatian pengguna media sosial yang lainnya. Mereka juga sempat meninggalkan komen yang pelbagai mengenai kegigihan pelajar tersebut.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Semoga adik dan cikgu sentiasa dirahmati dan diberkati Allah sentiasa,” tulis seorang netizen yang mendoakan kesejahteraan pelajar dan guru tersebut.

“Allah terus menitik air mata. Semoga kau berjaya nak dimasa hadapan. Untuk cikgu, semoga sentiasa dipermudakan urusannya,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakan pelajar dan guru tersebut.

“Terima kasih cikgu. Anda cikgu yang hebat. Iringi insan yang hebat hingga ke penamat,” tulis seorang netizen yang terharu dengan tindakan guru tersebut.

Seperti komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial yang lain, kegigihan pelajar dan sokongan guru tersebut wajar dipuji.

@faridkamaruddin18

Aku tahu kau orang paling kuat dik. Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat. #luarbiasa #ppki #fyp

♬ Jangan Pernah Menyerah – Arnas19🐱

Sumber: TikTok/@faridkamaruddin18

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.