Tak Pernah Dijajah, Ini 7 Negara Yang Tak Pernah Sambut Hari Kemerdekaan
Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi negara Malaysia apabila kita buat pertama kalinya bebas daripada jajahan British.
Pada 31 Ogos tahun ini, Malaysia bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-66. Lokasi sambutan hari kemerdekaan di peringkat kebangsaan pada tahun ini akan disambut di Putrajaya.
Setiap negara yang dijajah oleh negara luar pasti akan mempunyai tarikh kemerdekaan bagi negara mereka sendiri.
Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa negara di dunia ini yang tidak menyambut hari kemerdekaan.
Justeru, mari kita ikuti perkongsian pada hari ini berkenaan tujuh negara yang tidak menyambut hari merdeka.
Negara yang tidak pernah sambut merdeka
Nepal
Nepal antara salah satu negara yang tidak menyambut merdeka. Ia kerana, negara ini tidak pernah diserang atau dijajah oleh negara-negara luar.
Walaupun secara geografinya kecil, Nepal adalah antara negara di dunia yang tidak pernah dijajah oleh bangsa asing.
Kini negara Nepal telah menjadi sebuah negara yang berdaulat dan berkhidmat sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan baik antara China, British dan India.
Denmark
Denmark adalah merupakan negara barat yang tidak pernah dijajah dan menjajah negara-negara lain. Mereka tidak pernah menyambut hari merdeka seperti mana negara kita.
Bagaimanapun, rakyat Denmark akan menyambut Hari Perlembagaan pada 5 Jun setiap tahun. Hari Perlembagaan ini menandakan sebagai hari bagi negara itu berkuasa dengan perlembagaan yang digubal.
Thailand
Thailand kekal sebagai negara merdeka sehingga abad ke-19 walaupun sebahagian besar negara di Asia Tenggara dijajah oleh kuasa imperial.
Memandangkan negara ini tidak pernah dijajah sehingga kini, maka mereka tidak perlu memperjuangkan kemerdekaan serta menyambutnya.
Bagaimanapun, Thailand tetap menyambut hari kebangsaan mereka pada setiap 5 Disember pada setiap tahun.
Kanada
Walaupun negara ini menyambut Hari Kanada pada setiap 1 Julai, tetapi ia bukanlah sebagai sambutan hari kemerdekaan.
Pada 1 Julai 1876, British North America Act (BNA) secara rasmi mengisytiharkan Dominion of Canada sebagai entiti tadbir sendiri.
Oleh itu, setiap 1 Julai negara tersebut akan menyambut hari kebangsaan yang digelar sebagai Hari Kanada.
Perancis
Walaupun Perancis meraikan kemerdekaannya daripada monarki yang menindas ketika Revolusi Perancis, namun negara itu tidak pernah dijajah oleh negara luar. Sebaliknya mereka ditindas oleh sistem monarki mereka sendiri.
Oleh itu, Perancis juga adalah merupakan salah sebuah negara yang tidak mempunyai hari kemerdekaan.
Rusia
Rusia dipanggil sebagai benua yang merangkumi sebahagian besar Eurasia dari 1922 hingga 1991.
Selepas perpecahan USSR kepada beberapa negara, Rusia kini telah menjadi negara yang berasingan dan tidak pernah dijajah oleh negara luar.
China
China telah diperintah oleh sistem beraja selama berabad-abad. Jadi tiada negara luar termasuk Inggeris yang berjaya menjajah China.
Oleh itu, China juga merupakan negara yang tidak pernah menyambut hari kemerdekaan.
Kemerdekaan merupakan satu perkara yang bermaksud bebas, jadi kita sebagai rakyat yang sudah bebas jangan sesekali cuba menggadaikan kebebasan tersebut.
Hayati maksud kemerdekaan yang sebenarnya dan cintailah negara kita sehingga ke akhir hayat.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
Sumber: India Herald