Kuala Lumpur, 25 Ogos 2023 – Kini kembali untuk tahun kedua berturut-turut sebagai penaja kopi rasmi KL Fashion Week (KLFW), MOCCONA menjanjikan minggu yang mengujakan khas untuk peminat fesyen and penggemar kopi mulai sekarang hingga 27 Ogos 2023. Antara yang istimewa adalah kerjasama eksklusif MOCCONA dengan pereka fesyen tempatan, Mimpikita, yang telah mempamerkan pertunjukan fesyen yang meraikan keanggunan dan keabadian pada 24 Ogos 2023.
Seperti mana fesyen bukan sekadar pakaian, kopi juga bukanlah sekadar minuman kerana ia jelas memainkan peranan yang lebih bermakna di mana ia mampu menyatukan orang ramai sambil mengeratkan hubungan sesama manusia – inilah etos MOCCONA yang mengutamakan detik-detik kecil dalam kehidupan harian untuk menghayati dan meraikan keindahan.
Sepanjang tujuh hari KLFW23, MOCCONA telah menyediakan menu kopi yang menarik dan beraroma daripada pilihan terlarisnya dalam tiga jenis intensiti: Number 5 (Classic Medium Roast); Number 8 (Classic Dark Roast); dan Number 10 (Espresso Style). Penggiat fesyen dan penggemar kopi berpeluang untuk sama-sama menikmati keenakan kopi yang menggamit cita rasa masing-masing sambil meraikan selera, bakat, dan gaya terbaik tempatan.
Phoon Shi Fun, Ketua Pemasaran MOCCONA untuk pemilik jenama, JDE Malaysia, berbesar hati menerangkan komitmen jenama untuk menyokong bakat fesyen tempatan untuk tahun ini.
“Kerjasama antara MOCCONA dan KLFW berjaya dijalinkan kerana kedua-dua pihak percaya akan kepentingan untuk meraikan detik-detik indah dalam kehidupan harian. Kami benar-benar teruja untuk mempersembahkan pilihan kopi kami yang didatangkan dalam tiga intensiti, di mana setiap satunya disesuaikan untuk cita rasa dan personaliti yang berbeza-beza. Seperti mana fesyen mencerminkan spektrum emosi dan gaya yang pelbagai, rangkaian MOCCONA juga direka khas untuk meningkatkan kenikmatan dan memenuhi cita rasa setiap penggemar kopi. Kerjasama ini bukan sahaja meraikan gabungan fesyen dan kopi, tetapi ia juga merupakan satu peringatan untuk kita meluangkan masa untuk menikmati ‘me time’ demi kebahagiaan diri dan ketenangan minda, untuk bermimpi dan mendapatkan inspirasi sambil menghirup kelazatan kopi,” kata Shi Fun.
KOLABORASI MOCCONA X MIMPIKITA: Meraikan keanggunan, keperibadian, dan keterangkuman
Para tetamu KLFW telah dihidangkan gabungan sempurna kopi dan fesyen pada pertunjukan fesyen Mimpikita yang dipersembahkan dengan kerjasama MOCCONA. Pereka fesyen terkemuka tempatan tersebut memperingati ulang tahun mereka yang ke-15 dengan tema #KitaLimaBelas. Untuk pameran istimewa ini, Mimpikita telah mengembalikan cetakan ikonik mereka yang setiap satunya menghasilkan naratif yang tersendiri. Direka dengan fabrik satin yang elegan, ensembel yang dipamerkan kelihatan mewah dan indah.
Pertunjukan khas ini juga telah menandakan kelahiran “Kita & Co”, koleksi Mimpikita yang menjemput ketibaan era baharu jenama tersebut. Koleksi yang menampilkan rangkaian serba boleh daripada denim ke kemeja-T yang dihiasi dengan gaya yang terperinci meraikan keperibadian dan keterangkuman. SInergi antara MOCCONA dan Mimpikita jelas terbukti apabila model-model muncul di atas pentas untuk memperagakan busana yang mengekspresikan keperibadian dan keanggunan abadi.
“Kami berbesar hati mempersembahkan pameran fesyen ini bersama Mimpikita. Kami berterima kasih akan peluang untuk meraikan keperibadian dalam fesyen dan kehidupan di mana setiap ciptaan mengisahkan naratif yang unik dan tersendiri. Kami berhasrat untuk terus menginspirasikan penggemar kopi dan peminat fesyen yang berkongsi intipati jenama kami, dan kami juga mahu terus mengingatkan mereka untuk menikmati saat-saat terpenting untuk memanjakan dan mengekspresikan diri, kata Shi Fun.