Siakap Keli
syafiqah ainaa suprise suami
Kredit: @syafiqahainaofficial/TikTok

“Dia Tak Suka Benda Mewah,” Syafiqah Ainaa Kumpul Orang Tersayang “Surprise” Suami

“Dia Tak Suka Benda Mewah,” Syafiqah Ainaa Kumpul Orang Tersayang “Surprise” Suami

Setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri dalam membuat kejutan untuk orang yang tersayang. Makna disebalik kejutan itu merangkumi perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap mereka

Begitu juga dengan usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Ainaa yang memberi kejutan kepada suaminya, Hafiz Mahamad semasa ulang tahun kelahirannya.

Sebelum ini, kita sering disuapkan dengan kejutan yang dilakukan oleh Hafiz kepada Ainaa, namun pada kali ini sedikit berbeza di mana Hafiz pula diberi kejutan dari isterinya.

Menurut Ainaa, Hafiz seorang yang sangat sibuk dengan kerja sehingga hari kelahirannya juga dia tidak diingatnya, menunjukkan betapa tidak menghiraukan waktu yang berlalu.

Disebabkan kesibukan bekerja, Ainaa mengatakan dia terpaksa bekerjasama dengan pasukan Hafiz supaya kejutan yang dirancang itu menjadi.

“Ainaa terpaksa deal awal-awal dengan pasukan dia, cakap dia ada mesyuarat 12 tengah hari.

“Dia pun tak tahu tu yang pakai selipar tu tiba-tiba kena duduk atas bukit ini,” kata Ainaa.

Terkejut dengan destinasi yang dipilih oleh isterinya, Hafiz berkata kejutan Ainaa pada kali ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Ainaa kumpul orang tersayang buat Hafiz

Kejutan pertama yang disediakan oleh Ainaa buat Hafiz ialah menaiki paragliding di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Hafiz kemudiannya menaiki paragliding bersama dua orang rakan baik yang paling disayanginya.

Kredit: @syafiqahainaofficial/TikTok

Selepas mendarat, Hafiz disambut oleh anak sulungnya, Raisya Narisa diikuti dengan ibu bapanya, yang datang daripada kampung untuk memberi kejutan kepadanya.

“Inilah sebenarnya benda yang Hafiz paling suka. Dia tak suka Ainaa belikan barang mahal-mahal.

“Pelik juga kadang-kadang, tak tahu kenapa dia tak suka sangat benda-benda mewah itu,” ujar Ainaa.

Hafiz turut berharap agar isterinya tidak memberikan kejutan yang mewah dan mengatakan segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Ainaa akan dibayar semula olehnya.

Walaupun di sudut hati kecil Ainaa dia mahu membelikan barangan yang mewah buat Hafiz namun dia tahu, suaminya tidak akan menyukai barangan yang diberikan.

Oleh sebab itu, dia menyediakan kejutan yang berharga buat Hafiz di mana dia mengumpulkan orang-orang yang tersayang dalam hidupnya.

Kredit: @syafiqahainaofficial/TikTok

Orang-orang tersebut ialah pekerja dan ahli keluarganya dan Ainaa juga memaparkan gambar-gambar untuk tatapan Hafiz di satu papan.

Masa yang ditunggu telah tiba, Ainaa memberi hadiah terakhir kepada suaminya iaitu satu buku yang menceritakan tentang perjalanan hidup Hafiz, dari lahir sehingga mencecah umur 30 tahun.

Kredit: @syafiqahainaofficial/TikTok

“Kalau baca buku ini, ini antara orang yang terpenting yang membawa abang ke waktu sekarang.

“Harapnya buku ini menjadi kenangan yang terindah,” ucapnya.

@syafiqahainaofficial

Awak selalu happykan orang, harini Sayang nak Abang happy ❤️ Kita busy sangat bulan ni, tapi Sayang akan always ingat hari terpenting Abang. Sayang tahu tkada hadiah yang boleh buat Abang bahagia selain adanya memori & insan yang penting ni semua pada hari bahagia Abang Selamat Ulang Tahun, sayang 🤍 3 Dekad Hafiz Mahamad

♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From “Rab Ne Bana Di Jodi”) – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni

Sumber: @syafiqahainaofficial/TikTok

BACA: Hanya Ada RM31 Dalam Bank, The Rock Buat Kejutan Hadiahkan Rumah Untuk Peninju UFC

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.