Siakap Keli
Cedera Semasa Lakukan Aktiviti "Paragliding"
Gambar : TheThaiger

Tiupan Angin Kuat, Warga Emas Cedera Semasa Lakukan Aktiviti “Paragliding”

Tiupan Angin Kuat, Warga Emas Cedera Semasa Lakukan Aktiviti “Paragliding”

THAILAND – Seorang warga emas dilapor cedera parah selepas hilang kawalan semasa melakukan paragliding di Khao Dang, Phuket.

Kemalangan itu telah menyebabkan lelaki berusia 78 tahun cedera parah pada lewat petang Isnin.

Insiden itu berlaku berhampiran Pantai Naiharn di tempat yang juga dikenali sebagai Windmill Viewpoint pada lewat petang Isnin.

Pegawai tidak mengeluarkan banyak butiran mengenai mangsa, namun hanya mengatakan ia adalah seorang lelaki berusia 78 tahun.

Pasukan penyelamat Perbandaran Rawai juga tidak mendedahkan sama ada dia melakukan paragliding bersama syarikat profesional atau bersendirian.

Difahamkan, dia sedang membuat aktiviti paragliding dari Windmill Viewpoint dan tiba-tiba terdapat tiupan angin yang kuat.

Kemudian, lelaki warga emas itu hilang kawalan dan terjatuh dengan peralatannya ke tanah.

Pekerja penyelamat melaporkan bahawa dia dibawa ke hospital tempatan untuk dirawat kerana patah tangan kanan serta kecederaan di kaki kanan dan pinggul.

Ini bukan kali pertama kawasan itu menyaksikan kemalangan paragliding.

Majlis Perbandaran Rawai telah cuba menghalang paraglider daripada menggunakan kawasan tersebut untuk sukan itu.

Peraturan larangan untuk menjalankan aktiviti tersebut telah dinyatakan dan amaran sering diberikan kepada syarikat, penduduk tempatan dan pelancong tentang bahaya paragliding di kawasan itu.

Selepas beberapa kemalangan yang berlaku di kawasan tersebut, papan tanda amaran dipasang yang menyatakan secara khusus agar orang ramai untuk tidak melakukan paragliding.

Namun begitu, pegawai berkata mereka masih bergelut untuk mengekang orang yang mempunyai peluncur dan aktiviti bawaan udara lain yang serupa di kawasan itu.

Sumber : TheThaiger

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa