Siakap Keli
bantuan khas penjawat awam pesara pahang
Kredit: Bernama

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam, Pesara Pahang

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam, Pesara Pahang

KUANTAN, 30 Ogos (Bernama) — Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri masing-masing berjumlah RM300 dan RM200 seorang, yang dibayar bulan depan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian bantuan itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri hari ini, melibatkan penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai dan kakitangan kontrak.

Bantuan khas itu melibatkan 8,000 penerima dengan implikasi kewangan RM2.4 juta.

“Pemberian ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih daripada kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy juga berharap penjawat awam Pahang dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri.

BACA: Ramai Tak Tahu Selain Malaysia, Ini Negara-negara Lain Yang Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.