Siakap Keli
Negara-negara hari kebangsaan 31 ogos
Kredit: Bernama, OPM Trinidad dan Tobago, Korea Herald

Ramai Tak Tahu Selain Malaysia, Ini Negara-negara Lain Yang Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Ramai Tak Tahu Selain Malaysia, Ini Negara-negara Lain Yang Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

31 Ogos setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi negara kita. Pada pada tarikh tersebut kita menyambut hari bersejarah Hari Kemerdekaan tanah air tercinta.

Malah, sambutan ini juga disambut meriah di seluruh negara dengan sambutan peringkat kebangsaan biasanya diadakan di Putrajaya atau di Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 sekali lagi akan diadakan di Putrajaya.  Menurut Astro Awani, persiapan sedang giat dijalankan bagi memastikan sambutan bertaraf nasional itu meriah.

Sambutan pada tahun ini dijangka akan menarik kira-kira 100,000 pengunjung, terdiri daripada rakyat tempatan dan barangkali pelancong-pelancong dari luar negara.

Namun, pernah tak anda terfikir, selain Malaysia, ada tak negara lain yang berkongsi tarikh kemerdekaan dengan kita?

Sebenarnya, ada dua buah negara lagi yang turut menyambut Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada 31 Ogos. Negara tersebut adalah Trinidad & Tobago dan Kyrgyzstan.

Jadi kali ini, jom kita telusuri bersama-sama sejarah ringkas kemerdekaan kedua-dua negara ini.

Negara-negara lain yang sambut hari merdeka pada 31 Ogos

Trinidad & Tobago

Sejarah Trinidad & Tobago telah pun bermula sekitar 150 juta tahun yang lalu. Tapak negara tersebut merupakan sebuah pulau yang muncul dari Lautan Atlantik disebabkan oleh subduksi gunung berapi di pinggir Plat Caribbean.

Selain itu, kepulauan tersebut mempunyai penempatan manusia sejak zaman dahulu lagi. Sejarah moden negara bermula dengan penjajahan pulau-pulau.

Sepanyol merupakan negara pertama yang menubuhkan koloni di kepulauan tersebut. Pada masa yang sama, masyarakat kolonial berasaskan perladangan mula berkembang di wilayah Tobago juga.

Pada 1777, pemerintah Sepanyol mula mencari cara untuk mengisi negara pulau itu yang kekurangan penduduk. Mereka telah memberikan pelepasan cukai kepada sesiapa yang ingin mendiami pulau-pulau tersebut pada sepuluh tahun pertama.

Seterusnya pada 1797, negara pulau tersebut telah ditawan British tanpa sebarang pertumpahan darah. Ladang-ladang yang terdapat pada kepulauan tersebut telah menarik pengusaha ladang dan mereka telah membawa buruh-buruh dari Afrika.

Kemudian, tenaga-tenaga buruh dari India juga dibawa masuk. Kedua-dua kumpulan etnik ini menjadi majoriti di di negara pulau itu dari masa ke masa dan mempengaruhi budaya serta tradisinya.

Trinidad & Tobago telah diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka pada 31 Ogos 1962, beberapa tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

negara-negara lain hari kebangsaan 31 ogos
Kredit: OPM Trinidad and Tobago

Kyrgyzstan

Kyrgyzstan merupakan negara yang berada di tengah-tengah Asia Tengah. Landskap negara ini antaranya terdiri daripada kawasan pergunungan. Menariknya, negara ini juga berada di persimpangan banyak tamadun dan budaya.

Sepanjang sejarahnya, suku nomad, bahkan masih ada sehingga ke hari ini, telah lama mendiami kawasan yang dikenali hari ini sebagai Kyrgyzstan.

Kekayaan sejarah negara ini dapat dilihat dalam banyak tapak bersejarahnya termasuk tiga daripadanya merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Salah satu penyatuan wilayah Kyrgyz terawal dalam sejarah berlaku ketika zaman kemuncaknya sekitar 840 M. Orang Kyrgyz telah mengekalkan penguasaan ke atas kawasan pergunungan Asia Tengah selama kira-kira dua abad selepas itu.

Pada abad ke-12, orang Kyrgyz mula berhijrah ke selatan bagi mengelakkan konflik ketika perluasan Empayar Mongol.

Pada akhir abad ke-19, sejarah moden Kyrgyzstan telah terlakar ketika zaman penguasaan empayar Rusia. Beberapa perkara berlaku selepas itu mendorong ramai rakyat Kyrgyz untuk memberontak.

Pemberontakan 1916 terhadap pemerintahan Rusia adalah salah satu detik paling penting dalam sejarah rakyat Kyrgyzstan.

Untuk sebahagian besar abad ke-20, Kyrgyzstan berada di bawah pemerintahan Soviet. Dalam tempoh ini juga, negara itu melalui fasa pembangunan yang agak pesat.

Selain sistem pendidikan, infrastruktur dan literasi, ini juga merupakan tempoh apabila identiti kebangsaan Kyrgyz yang berbeza mula berkembang.

Kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991 kemudian menandakan banya negara-negara di bawah penguasaannya menjadi negara bebas dan mengisytiharkan kemerdekaan.

Begitu juga, Republik Kyrgyzstan mengisytiharkan kemerdekaan, iaitu pada tanggal 31 Ogos tahun yang sama.

Kredit: Korea Herald

Begitulah serba sedikit kisah dua buah negara yang berkongsi tarikh kemerdekaan dengan Malaysia.

BACA: “Jangan Sesekali Dibuat Main”, Zarul Umbrella Dedah Tiga Perkataan ‘Haram’ Disebut Dalam Pesawat

Sumber: Astro Awani, National Today

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma