“Nasib Tak Roboh,” Rakaman Maskot Tak Muat Lalu Bawah Jambatan Tular
Beberapa hari lalu, para peserta perbarisan telah memulakan raptai penuh untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan berlangsung pada Khamis (esok) di Dataran Putrajaya.
Rata-rata orang ramai mengambil kesempatan untuk menyaksikan raptai yang dijalankan pada awal pagi susulan mahu melihat persiapan yang disajikan oleh para peserta.
Tema pada tahun ini ialah ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ yang selari dengan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu.
Bagi mereka yang tertunggu-tunggu dengan ketibaan Hari Kebangsaan, pastinya berasa teruja apabila orang ramai berkongsi klip raptai penuh yang memaparkan maskot daripada agensi kerajaan dan swasta.
Antara yang menarik perhatian pada tahun ini ialah maskot gergasi daripada syarikat telco, Maxis, yang berwarna hijau menyerupai reptilia dinosaur.
Maskot gergasi yang dipanggil sebagai dino itu sememangnya mencuri perhatian susulan saiznya yang besar daripada biasa.
Keterujaan yang dirasai tidak dapat disorok apabila ramai yang membuat perkongsian klip yang menunjukkan para peserta Maxis membawa dino semasa melakukan raptai perbarisan.
Maskot dino yang berwarna hijau itu dilihat menghiasi Dataran Putrajaya susulan saiznya yang besar.
BACA: Warga Putrajaya Teruja Lihat Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Yang Janjikan Kemeriahan
Dino tersangkut di jambatan
Semalam, satu rakaman klip yang memaparkan maskot dino tular, apabila tanduk kecil di atas kepalanya menjadi penghalang untuknya melalui jambatan.

Menerusi perkongsian @zaimfq ia menunjukkan, maskot berwarna hijau yang mewakili Maxis itu mengalami kesukaran untuk melalui jambatan tersebut.
“Nasib tak roboh jambatan itu,” seloroh individu tersebut.
Video berdurasi 17 saat itu menarik perhatian orang ramai susulan warga maya terhibur dengan tanduk dino yang menjadi penghalang buat para peserta untuk membawanya.

Dalam video tersebut, badan dino telah dikempaskan meninggalkan kepalanya sahaja yang mempunyai angin di dalam maskot itu.
Disebabkan tanduknya menjadi penghalang untuk para peserta membawa dino, mereka bertindak untuk mengundur semula dan menggunakan cara lain supaya ia berjaya merentasi jambatan tersebut.
Para peserta dilihat bertungkus-lumus menarik kepala dino itu ke bawah dan mengundurkannya ke belakang.
Komen warga maya
Warga maya turut meninggalkan komen membuat dialog sendiri selepas melihat video tersebut.
“Sepatutnya jambatan kena tinggi,” kata warga maya.
“Dia cakap ‘berapa kali korang nak bocorkan aku ni’ hahaha,” seloroh netizen.
“Tolong angkat jambatan tu. Kesian dino,” ujar warga maya lagi.
@zaimfq Nasib tak roboh jambatan tu 🦖 #merdeka2023 #fyp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)