Siakap Keli
pengunjung duduk dalam hujan
Kredit TikTok/@zaid.moheyer

Datang Sejak 3 Pagi, Pengunjung Sanggup Duduk Dalam Hujan Demi Nak Sambut Hari Kebangsaan

Datang Sejak 3 Pagi, Pengunjung Sanggup Duduk Dalam Hujan Demi Nak Sambut Hari Kebangsaan

Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, sambutan pada kali ini disambut meriah di dataran Putrajaya pada hari ini.

Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan bukan sahaja bermula pada pagi ini, malah ia telah mula dirasai sejak lewat malam tadi lagi.

Seperti yang tular di media sosial, orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah itu sudah mula membanjiri dataran sejak malam tadi.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang bernama @zaid.moheyer telah menunjukkan kedatangan pengunjung itu.

Menurut muat naik video itu, orang ramai dikatakan sanggup menunggu untuk menyaksikan perbarisan Kemerdekaan sejak 3 pagi lagi.

“Sanggup menunggu untuk perbarisan Kemerdekaan esok walaupun baru jam 3 pagi,” tulis hanntaran dalam video tersebut.

Malah apa yang lebih menarik, walaupun hujan berlaku pada malam tadi, kehadiran orang ramai itu tetap tidak berganjak daripada lokasi dataran tersebut.

Kredit TikTok

Orang ramai dilihat menggunakan payung untuk berlindung tanpa berganjak daripada tempat yang sudah dipilih itu.

Ada juga sebahagian daripada pengunjung yang bersemangat dilihat memakai baju hujan yang telah dibawa oleh mereka.

Kredit TikTok

“Salute dengan semangat patriotik rakyat Malaysia yang hadir menanti perbarisan Kemerdekaan esok,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Video itu juga turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Mereka juga dilihat meninggalkan komen mereka berkenaan video tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Korang semua balik nanti rehat tau. Korang memang terbaik la,” tulis seorang netizen yang memuji pengunjung yang bersemangat tersebut.

“Semua hebat-hebat. Tahniah dan syabas anak-anak Malaysia,” tulis seorang netizen lagi.

“Ini semua kenangan untuk dicerita kepada anak cucu,” tulis seorang netizen yang menganggap kejadian itu sebagai kenangan yang terindah.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

@zaid.moheyer

Salute dengan semangat patriotik rakyat Malaysia yang hadir menanti perbarisan kemerdekaan esok #fyp #fypシ #foryoupage #masukberanda #ikutanyangviral #perbarisankemerdekaan2023 #harimerdeka #perbarisan #merdeka

♬ original sound – Zaid Moheyer – Zaid Moheyer

Kontinjen Bomba Raih Perhatian lagi, Bawa Ular Sawa Besar Sertai Perbarisan

Sambutan Hari Kebangsaan di dataran Putrajaya pada hari ini jelas menunjukkan kemeriahan kehadiran para pengunjung dan para peserta perbarisan.

Perarakan masuk kontinjen sudah pasti menjadi acara yang paling ditunggu-tunggu oleh pengunjung yang hadir.

Kontinjen bukan sahaja melibatkan badan beruniform, malah ia juga melibatkan beberapa syarikat yang berada di Malaysia.

Jika terdahulu, kontinjen bomba pernah menjadi bualan hangat kerana kelibat pegawai berbadan sado yang menyertai acara perbarisan tersebut.

Bagi perbarisan kali ini, kontinjen bomba sekali lagi berjaya mencuri tumpuan. Namun begitu, tumpuan bukan sahaja terarah kepada abang-abang sadoh, akan tetapi ia terarah kepada seekor ular sawa batik albino besar yang dibawa bersama.

Sumber: TikTok/@zaid.moheyer

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.