Siakap Keli
pemandu dirempuh kereta api
Kredit Instagram/memomedsos

Tak Sempat Lintas Landasan, Pemandu Nyaris Maut Dirempuh Kereta Api

Tak Sempat Lintas Landasan, Pemandu Nyaris Maut Dirempuh Kereta Api

Sebuah kereta Toyota Avanza dirempuh kereta api selepas cubaan untuk melintasi landasan kereta api di Banyuwangi, Indonesia gagal, lapor Detik.com.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pandanwangi di persimpangan tidak berpalang di Kampung Klatak, Banyuwangi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.00 WIB itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku ketika kereta tersebut sudah hampir melintasi landasan kereta api. Namun dalam masa yang sama kereta api Pandanwangi turut menghampir persimpangan tersebut.

Kemalangan Avanza yang dilanggar itu telah dirakam oleh beberapa orang dan kemudiannya memuat naiknya di media sosial.

Salah seorang daripada perakam video adalah merupakan seorang pemandu yang hendak melalui landasan itu.

Dalam video tersebut dapat dilihat kedudukan kereta sudah berada di tepi rel dengan cerming belakangnya pecah dan badannya juga remuk.

Kedua-dua mangsa terselamat dan hanya alami kecederaan ringan

Berdasarkan maklumat daripada anggota polis, seramai dua penumpang berada dalam kereta Avanza tersebut. Kedua-duanya dikatakan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa merupakan seorang lelaki berasal daripada Kampung Klatak manakala penumpang wanita berasal daripada Bulusan, Kalipuro.

Kapolsek Kalipuro, Iptu Hadi Waluyo berkata, kedua-dua penumpang telah dipindahkan ke hospital walaupun tidak mengalamni kecederaan yang serius.

“Cuma cedera ringan, tidak ada kecederaan besar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Wanita itu agak terkejut, jadi kami bawa mereka ke hospital,” kata Hadi Waluyo.

Tambahnya, sehingga kini pihaknya masih menumpukan perhatian kepada TKP dan mengenal pasti bagaimana kronologi kejadian itu.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Berdasarkan maklumat yang diperolehi di lokasi kejadian, pemandu kereta api itu turut memberhentikan kereta api Pandanwangi tersebut.

Pemandu itu dikatakan telah melaporkan kejadian itu kepada pegawai yang bertugas di balai penerangan dengan segera.

Pemangku Pengurus Undang-Undang dan Perhubungan Awam Harian KAI Daop 9, Jember Anwar Yuli Prastyo, hon sudah dibunyikan sebelum hendak melepasi persimpangan tersebut.

“Pemandu sudah memberi amaran sebelum lalu, tetapi kereta itu terus melaju dan langsung tidak berhenti,” Kata Anwar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MEMOMEDSOS (@memomedsos)

Sumber: Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.