Video Juara Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon Laung Azan Raih Perhatian Ramai
Azan merupakan sejenis panggilan yang dilaungkan bagi mengajak mereka yang beragama Islam dalam menunaikan ibadah solat.
Selain itu, azan juga dilaungkan bagi menunjukkan sudah masuknya waktu solat bagi lima waktu solat iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Walau siapa pun yang mengalunkannya, laungan azan ini amat menenangkan dan boleh membuatkan mereka yang mendengarnya terasa sayu dan tenang.
Seperti video tular ini yang menunjukkan juara Muay Thai yang pernah memenangi pelbagai gelaran sedang melaungkan azan dengan penuh penghayatan.
Juara Muay Thai Thailand laungkan azan
Juara Muay Thai yang dikenali sebagai Rodtang Jitmuangnon dilihat sedang melaungkan azan di satu tempat yang dipercayai sebagai sebuah surau.
Perkongsian muat naik azan oleh Rodtang itu, telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @bangyan.

Selain melaungkan azan dengan penuh penghayatan, keunikan sebutan azan yang mempunyai loghat Thai turut menarik perhatian ramai.
Beliau dilihat tanpa kekok melaungkan seruan azan itu sambil memejamkan mata dan menutup telinganya seperti kebiasaan seorang bilal lakukan ketika azan.

Video muat naik laungan azan Rodtang itu dengan pantas telah menjadi bualan ramai. Meninjau ke ruangan komen video tersebut, ramai pengguna media sosial dilihat telah meninggalkan komen yang pelbagai selepas menonton video tersebut.
BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Alhamdulillah. Saya sokong awak Rodtang. Muslim fighter,” tulis seorang netizen yang menyatakan sokongannya kepada Rodtang.
“Teruja saya dengar bang. Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan abang,” tulis seorang lagi netizen yang teruja.
“Saya sangat kagum dengan anda Rodtang. Fighter idaman saya yang sangat kuat,” tulis seorang lagi netizen yang memuji Rodtang.
Seorang rakan Muay Thai dari Malaysia iaitu Johan Ghazali turut dilihat meninggalkan komennya berkenaan video tersebut.
“Alhamdulillah,” tulis Johan Ghazali dengan singkat selepas menonton video muat naik tersebut.
@bangya1234 70ล้านคนก็ไม่เคยเห็นภาพนี้ 2นาที ที่ชาวมุสลิม รักชายผู้นี้#บังยามวยละหมาด #รถถังจิตรเมืองนนท์
Sumber: TikTok/@bangya1234