Raymond Goh Kritikal Diserang Angin Ahmar, Senator Ras Adiba Pohon Doa Orang Ramai
Pembaca berita segmen Nightline untuk TV3 iaitu Mohd Zaman Goh atau Raymond Goh dilaporkan sedang kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Perkara itu dikongsikan oleh Senator Ras Adiba Radzi menerusi hantaran kemaskininya di Facebook miliknya pada lewat tengah malam tadi.
Menurutnya, Mohd Zaman Goh dilaporkan telah dimasukkan ke ICU kerana serangan Angin Ahmar.
“Saya pohon kawan-kawan semua untuk titipkan doa buat sahabat saya, pembaca berita Nightline TV3, iaitu Mohd Zaman Goh atau Raymond Goh. Mohd Zaman (Raymond) sedang kritikal di Unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami serangan Angin ahmar,” tulis Ras Adiba di muat naik hantaran tersebut.
Ras Adiba juga sempat berkongsi serba sedikit berkenaan hubungan beliau dengan Mohd Zaman Goh ketika awal-awal penubuhan TV3 dahulu.
Pembaca berita itu merupakan rakan sekerja terawalnya di TV3
Menurut Ras Adiba, Mohd Zaman adalah rakan sekerja terawal beliau sejak penubuhan siaran TV3.
“Beliau seangkatan dengan saya sejak awal penubuhan TV3. Kami berganding bahu menyampaikan berita ‘7 o’clock news’ dan kemudian Nightline,” tulis Ras Adiba lagi.
Dalam pada itu, Ras Adiba turut memohon kepada kenalannya di Facebook agar mendoakan kesembuhan pembaca berita tersebut.
“Moga Allah mengampun, merahmati dan mempermudahkan segalanya buat sahabat saya ini. Terima kasih kerana sudi mendoakan sahabat saya, Mohd Zaman Goh atau Raymond Goh. Al Fatihah,” akhiri Ras Adiba yang mendoakan pembaca berita itu.
Meninjau lanjut laman Facebook Ras Adiba, tiada perkembangan lanjut terkini berkenaan tahap kesihatan pembaca berita tersebut.
Di mana lokasi pembaca berita itu dimasukkan juga tidak dinyatakan.
BACA: Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 – Fahmi
https://www.facebook.com/rasadibaradzi/posts/298547499534109/?vh=e&extid=MSG-UNK-UNK-UNK-COM_GK0T-GK1C
Sumber: Facebook/Ras Adiba Radzi