Siakap Keli
Siling Pejabat Rapuh Paksa Penjawat Awam Pakai Topi Keledar Sewaktu Bekerja
Kredit: Twitter

Siling Pejabat Rapuh, Penjawat Awam Terpaksa Pakai Helmet Sewaktu Bekerja

Siling Pejabat Rapuh Paksa Penjawat Awam Pakai Topi Keledar Sewaktu Bekerja

Penjawat awam di Telangana, India terpaksa mengenakan topi keledar semasa bekerja bagi mengelakkan serpihan siling pejabat yang rapuh menimpa kepala mereka.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan suasana di dalam pejabat tersebut turut menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian pengguna media sosial.

Menurut Oddity Central, keadaan pejabat tersebut sedikit uzur dengan risiko kawasan siling boleh runtuh pada bila-bila masa. Namun disebabkan tanggungjawab yang perlu digalas, mereka terpaksa mengambil pendekatan di luar kotak tersebut.

Difahamkan, pejabat usang tersebut merupakan Jabatan Pembangunan Mandal Pasrishad (MPDO) yang terletak di Beerpur Mandal, daerah Jagtial.

Ironinya, jabatan berkenaan terlibat dalam menguruskan pembangunan infrastruktur di daerah tersebut termasuk membekalkan perkhidmatan talian internet fiber.

Namun begitu, dengan keadaan pejabat yang sedemikian, ia sedikit sebanyak mungkin menjejaskan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Staf tuntut agar lokasi pejabat dipindahkan ke bangunan yang lebih selamat

Media tempatan melaporkan bahawa para staf telah menuntut agar pejabat tersebut berpindah ke bangunan pejabat yang lebih selamat.

Ia susulan salah seorang rakan sekerja mereka nyaris mengalami kecederaan yang serius apabila ditimpa runtuhan siling sebelum ini.

Menurut News Nine, kerosakkan pada bahagian bumbung pejabat itu sudah pun berlarutan sejak daripada tahun lepas lagi.

Keadaan bertambah parah apabila kelembapan menyebabkan serpihan simen dan siling mula jatuh dan menimpa mereka. Mereka kemudian terpaksa memakai topi keledar semasa di dalam pejabat sebagai langkah penyelesaian buat sementara waktu.

Mujurlah, selepas video berkenaan menjadi tular, ia pantas menarik perhatian pihak berkuasa dan difahamkan kakitangan pejabat tersebut akan dipindahkan ke bangunan baru.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama insiden sedemikian menjadi tular. Sebelum ini, sekumpulan pekerja di Bihar turut mengambil langkah perlindungan yang sama.

Ketika itu, pekerja-pekerja berkenaan mendedahkan terpaksa memakai topi kaledar di dalam pejabat kerana khuatir kepada mereka ditimpa runtuhan siling dan mengalami kecederaan.

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Sumber: Oddity Central

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma