Tragedi Merdeka, Wanita Cemas Kucing Kesayangan Panjat Pokok Kelapa Tak Reti Turun
Pemilik haiwan peliharaan mana yang tidak akan gelisah apabila haiwan kesayangan mereka yang dijaga penuh kasih sayang mengalami kesusahan sehingga mengancam nyawa.
Perkara yang ditakuti itu telah terjadi kepada seorang wanita, di mana kucing kesayangannya telah terperangkap di atas sebatang pokok kelapa yang tinggi.
Kejadian itu telah dikongsikan oleh wanita itu menerusi muat naik di TikTok miliknya yang bernama @shazatulakmall.
Menurut perkongsian wanita itu, kejadian dikatakan telah berlaku pada semalam bersamaan 31 Ogos tarikh orang ramai menyambut Hari Kebangsaan.
“Tragedi hari ni. Nak tercabut jantung rasa. Terima kasih bomba Kuala Kurau tolong kucing saya,” tulis kapsyen muat naik tersebut.
Menerusi perkongsian video tersebut, kucing berwarna putih itu dilihat berada di atas setandan buah kelapa dan hanya melihat ke arah pemiliknya sambil mengiau.
Tambah wanita itu, pelbagai cara telah dilakukannya termasuk memanggilnya dan menggunakan galah untuk membuatkan kucing itu turun.
Bagaimanapun, kucing yang ketakutan itu hanya duduk diam di atas pokok kelapa yang tinggi itu.

Dalam keadaan cuaca yang hujan, wanita itu akhirnya membuat keputusan untuk menelefon bomba bagi membantunya menurunkan kucing tersebut.
Bomba akhirnya telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan mula membantu kucing tersebut.
Pada awalnya, pasukan bomba juga mengalami sedikit masalah untuk membawa turun kucing berkenaan.
Selepas pelbagai cubaan, bomba akhirnya menggunakan galah sama yang diikat dengan jaring demi membawa kucing itu turun.
Beberapa anggota bomba yang lain menunggu di bawah pokok itu sambil memegang kain untuk menyambut kucing yang mungkin terjatuh itu.

Kucing itu akhirnya terjatuh dan berjaya disambut oleh anggota bomba di bawah pokok tersebut.
Kucing itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan kesan daripada jatuh dari tempat tinggi tersebut.

Orang ramai yang melihat video itu turut cemas dan meninggalkan komen mereka berkenaan kejadian itu. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
BACA: Apa Status Solat Orang Yang Dinaiki Kucing Ketika Solat? Ini Jawapan Dr Zulkifli
“Dekat pokok tinggi ni, akak balut batang pokok tu dengan zink. Tak ada la kucing panjat lagi,” tulis seorang netizen yang memberi cadangan agar kucing itu tidak memanjat pokok tersebut di kemudian hari.
“Tingginya tu. Kesian dia, kita tengok pun seram,” tulis seorang netizen lagi.
“Alhamdulillah, tahniah abang bomba telah menyelamatkan kucing tu,” tulis seorang netizen yang berterima kasih kepada anggota bomba yang telah membantu.
@shazatulakmall Tragedi hari ni. nak tercabut jantung rase 😭😭 . Terima kasih bomba kuala krau tolong kucing saya 😇 #cat #merdeka2023
Sumber: TikTok/@shazatulakmall