Digelar “Great Tree”, Pokok Jelutong Di Pulau Pinang Tercatat Dalam Naskah Kartografi Lama
Umumnya, Pokok Jelutong merupakan salah satu jenis pokok menarik yang sering dijumpai di hutan belantara dan terkenal dengan ketinggiannya.
Menurut Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), pokok ini boleh mencecah ketinggian sehingga 60 meter. Difahamkan, permintaan terhadap pokok ini juga tinggi kerana pokok Jelutong mengeluarkan getah putih dari kulit kayunya.
Getah tersebut boleh digunakan sebagai gula getah atau gam kunyah sebab rasanya yang neutral dan mempunyai konsistensi yang sesuai.
Bukan itu sahaja, kayu Jelutong merupakan jenis kayu keras ringan dan berwarna putih. Jadi, ia sangat sesuai untuk dijadikan peralatan seperti pensil, pencungkil gigi, bingkai gambar, papan lukis, kasut tumit dan patung kayu.
Dalam pada itu, tahukah anda, pokok ini juga sebenarnya telah tercatat dalam naskah lama sejak tahun 1882? Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui perkara ini.
Sehubungan itu, pihak SK akan berkongsikan info sejarah “Great Tree Pulau Pinang” menerusi perkongsian Persatuan Kartografi Melaka di bawah. Semoga bermanfaat.
Great Tree, Pulau Pinang
Terdapat beberapa buah naskah kartografi lama yang memaparkan lambang atau lakaran sebatang pokok yang berkemungkinan memberi maksud kepada keunikan dan sejarahnya yang tersendiri. Jika di dalam peta lama Melaka yang diterbitkan pada sekitar tahun 1830an terdapat lambang pokok yang memberi maksud sebagai pokok bangkong yang menjadi penanda sempadan pada zaman dahulu kala, terdapat juga sebuah kartografi lama yang juga memaparkan lambang atau lakaran sebatang pokok di Pulau Pinang.
Naskah kartografi yang dimaksudkan ialah sebuah peta lama yang bertajuk Malacca Strait Penang or Prince of Wales Island surveyed by Lieut. T. Woore R.N. 1832. Di dalam naskah kartografi lama tersebut, terdapat lambang atau lakaran yang memaparkan sebatang pokok di Pulau Pinang yang dilabel atau ditulis sebagai “Great Tree” dan juga kenyataan berkaitan pokok tersebut di bahagian kiri peta.
BACA JUGA: Sejarah Sempadan Melaka-Rembau Mungkin Ramai Tak Tahu
Pasukan penyelidik Persatuan Kartografi Melaka membuat kajian dan pemerhatian terhadap beberapa bahan bacaan dan buku lama untuk mencari perincian maklumat berkaitan “Great tree” yang terletak di Pulau Pinang ini. Salah satu rujukan yang merekodkan tentang pokok ini dan hayatnya ialah di dalam buku lama yang diterbitkan pada tahun 1882 yang bertajuk Notes and Queries: A Medium of Intercommunication for Literary Men, General Readers, ETC.
Di dalam buku tersebut, petikan berkaitan “Great Tree” tersebut ialah:
BACA JUGA: “Bandar Ini Sangat Besar, Ada 25 Ribu Rumah”, Digelar Semenanjung Emas, Catatan Peta Berusia 505 Tahun Dedah Kemegahan Kota Melaka
A TREE AT PENANG (6th S. iii. 69).-I have delayed answering B.’s query about the “great tree of Penang” until I had visited the island. The tree is marked on the naval chart. It was 30 ft. in circumference near the base, 110 ft. to the lowest branch, and at that height 20 ft. in circum- ference. Mr. Norris, in Notes on Penang, records this, and adds that it was called “the milk tree, for it produced milk sweet and drinkable.” Í have ascertained that the tree was a jelutong, also called kayu susu milkwood (lit. wood milk). Botanically an Alyxia, it is common on Singapore island, and yields an inferior kind of gutta-the “milk.” Its timber, white, light, only moderately durable, is worth about twenty or thirty cents a cubic foot. There are trees as large in the Malay peninsula, and probably were formerly on Penang and Singapore islands. I have seen a sketch of the “great tree” in question. It stood tall and graceful amidst a growth chiefly of secondary jungle. Mr. Norris says, “it died from old age and decay.” Isolation, from the destruction of timber around it, tapping, and cutting names, no doubt accelerated its end; but I hear that a fire lit at its base finally deprived this beautiful island of an object of which it was justly proud, yet sadly neglectful to preserve. F. A. W. Penang.
BACA JUGA: Dipercayai Wujud Sekitar Tahun 1800, Ini Pokok Yang Pernah Jadi Penanda Sempadan Melaka & N.Sembilan
Terjemahan di dalam bahasa Melayu:
POKOK DI PULAU PINANG (6th S. iii. 69).-Saya telah menangguhkan menjawab pertanyaan B. tentang “pokok besar Pulau Pinang” sehingga saya telah melawat pulau itu. Pokok itu ditandakan pada carta tentera laut. Ia adalah 30 kaki dalam lilitan berhampiran pangkal, 110 kaki ke dahan terendah, dan pada ketinggian itu 20 kaki dalam lilitan. Mr. Norris, dalam Notes on Penang, merekodkan ini, dan menambah bahawa ia dipanggil “pokok susu, kerana ia menghasilkan susu yang manis dan boleh diminum.” Saya telah memastikan bahawa pokok itu adalah jelutong, juga dipanggil kayu susu (lit. wood milk).
BACA JUGA: Pernah Disebut Sebagai ‘Melalque’, Peta Tahun 1550 Ini Bukti Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka
Secara botani Alyxia, ia adalah biasa di pulau Singapura, dan menghasilkan susu getah jenis rendah kualitinya.” Kayunya, putih, ringan, hanya sederhana untuk tahan lama, bernilai kira-kira dua puluh atau tiga puluh sen sekaki padu. Terdapat pokok sebesar di semenanjung Tanah Melayu, dan mungkin dahulunya di Pulau Pinang dan Singapura. Saya telah melihat lakaran “pokok besar” yang dimaksudkan. Ia berdiri tinggi dan anggun di tengah-tengah pertumbuhan terutamanya hutan sekunder. Mr. Norris berkata, “ia mati kerana usia tua dan reput.” Pengasingan, daripada pemusnahan kayu di sekelilingnya, torehan, dan pemotongan, tidak syak lagi mempercepatkan penghujungnya; tetapi saya mendengar bahawa api yang dinyalakan di pangkalnya akhirnya menghilangkan pulau yang indah ini dengan objek yang patut dibanggakan, namun sayangnya diabaikan untuk dipelihara.
Perbandingan naskah kartografi tahun 1832 dengan imej satelit Google Earth 2023 dilakukan dalam mengenal pasti anggaran lokasi yang pernah menempatkan pokok besar tersebut. Berkemungkinan kawasan “Great Tree” tersebut terletak di kawasan Relau atau Paya Terubong dan sekitarnya. Terdapat sebuah lukisan yang mungkin melambangkan pokok besar tersebut. Lukisan berusia lebih 200 tahun itu dihasilkan oleh William Daniell pada tahun 1821 dan bertajuk View of the Great Tree, Prince of Wales Island.
Kajian dan analisis oleh Penyelidik Persatuan Kartografi Melaka, saudara Shahrul Azzim Abd Aziz.
Sumber peta, gambar dan maklumat:
Asian Art Museum, Gift of Richard B. Gump, B86D20.28 (View of the Great Tree from Panoramic Sketch of Prince of Wales Island, 1821).
Notes and Queries: A Medium of Intercommunication for Literary Men, General Readers, ETC, 1882.
Thuringian University and State Library Jena.
Google Earth.
Sumber: Persatuan Kartografi Melaka