“Jalan Sini Teruk Ya?”, Kembara Borneo, Permaisuri Agong Tulis Sendiri Aduan Jalan Rosak
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menulis sendiri aduan mengenai jalan teruk di Sabah ketika lawatannya di negeri itu sempena Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.
Menerusi satu video tular di media sosial, Tunku Azizah dilihat sedang menulis sesuatu ketika berada di dalam kenderaannya.
Pada awalnya, sekumpulan penduduk tempatan sedang menunggu kenderaan yang dipandu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bahu jalan.
Ketika melalui kawasan tersebut, Al-Sultan Abdullah telah memberhentikan kereta buat seketika, yang turut diiringi dengan beberapa kenderaan pengiring.
Pada masa itu, kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah disambut penduduk-penduduk tempatan yang ingin menyapa Baginda.
Semasa orang ramai sedang berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Baginda Permaisuri, Tunku Azizah meminta agar mereka menunggu sebentar.
“Jap, jap… Tengah tulis… Jalan teruk,,,,”
Baginda Permaisuri juga sempat bertanya kepada penduduk-penduduk tempatan berkenaan keadaan jalan yang tidak memuaskan itu.
“Jalan sini teruk ya?”
Selepas itu, baginda telah beramah mesra dan bersalam-salaman dengan penduduk-penduduk di sana.
Persinggahan Agong, Permaisuri Ke Gerai Beri Limpahan Rezeki – Peniaga
Baru-baru ini, para peniaga dan pengusaha gerai telah dikejutkan apabila mereka menerima kunjungan daripada Seri Paduka berdua semalam.
Menurut Bernama, Blison Zainudin yang merupakan peniaga minuman dan makanan serbaneka menganggap ia merupakan satu perkara yang tidak pernah terlintas di permikirannya.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah mengunjungi gerainya yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Bandar Tawau.
Dia menyifatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama delegasi ke gerainya yang terletak di tepi Jalan Lahad Datu-Tawau di sini memberi limpahan rezeki buatnya.
Difahamkan, Seri Paduka berdua sempat meluangkan masa berehat hampir 20 minit dan menikmati air kelapa sebelum meneruskan jelajah Kembara Kenali Borneo.
Jalan Lahad Datu-Tawau adalah laluan yang dilalui Seri Paduka berdua bersama rombongan semasa perjalanan menuju ke Lahad Datu.
Lahad Datu merupakan antara lokasi persinggahan rombongan Yang di-Pertuan Agong dalam jelajah Kembara Kenali Borneo yang bermula hari ini di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak pada 13 Sept, melibatkan perjalanan sejauh 2,154 kilometer merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
BACA: Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu
Sumber: _mikeythorfin via TikTok, Bernama