Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tumez untung rm1
Gambar: Siakap Keli

“Kalau Tak Sabar Memang Gulung Tikar,” Tauke Tumez Cerita Pernah Dapat Untung RM1 Je

Iqbal Yasir

“Kalau Tak Sabar Memang Gulung Tikar,” Tauke Tumez Cerita Pernah Dapat Untung RM1 Je

“Hanya yang berani sahaja mampu terjun ke dalam bidang perniagaan ini,”

Itulah prinsip yang dipegang oleh Masturah binti Zainol, 33, dan Nur Fateha Naim binti Abdul Rahim, 34, yang merupakan rakan kongsi dan pemilik kepada sebuah perniagaan masakan berasaskan “tekak Melayu”, iaitu Tumez.

Tidak menyangka pertemuan antara dua wanita itu yang dahulunya atas dasar kerja membawa kepada satu lembaran baharu dalam kehidupan.

Gambar: Siakap Keli

Perjalanan dan asam garam kedua-dua rakan perniagaan ini dibawakan oleh Siakap Keli, menerusi segmen Komitmen, Ini Kisah Kami/Saya.

Kelahiran Tumez

Semuanya bermula apabila Masturah dan Fateha saling mengenali ketika bertemu sebagai klien di syarikat pada tahun 2015.

Persahabatan mereka semakin rapat apabila mengetahui mempunyai minat yang sama antara satu sama lain.

“Kita kenal daripada 2015, melalui vendor klien kepada syarikat dia (Fateha). Kemudian, Fateha pula kerja syif, membuatkan kami mudah untuk keluar bersama.

“Bermula dari situ, kami mula kenal pasti minat yang sama dan berfikir untuk lakukan sebarang perniagaan bersama.

“Pada 2017, kami mula buat perniagaan ini,” ujar Masturah yang merupakan graduan Universiti Putra Malaysia (UPM).

rakan kongsi tumez
Gambar: Siakap Keli

Sebelum memfokuskan pada perniagaan masakan ini, dua insan yang tidak mengenal erti penat lelah ini hanya bergantung sepenuhnya pada kerja masing-masing di syarikat swasta selepas menamatkan pengajian.

Ujar Fateha yang juga graduan dari Universiti Malaysia Pahang itu, usaha mereka bermula dengan hanya bisnes secara kecil-kecilan sebelum menerima maklum balas positif daripada rakan-rakan.

BACA JUGA: Kahwin Sehelai Sepinggang, Pasangan Anggap Berkat Ibu Punca Kopi Laku

Selepas itu, barulah mereka berdua mula mengorak langkah seterusnya dalam bidang ini dengan lebih serius.

tumez untung rm1
Gambar: Siakap Keli

Persefahaman Kunci Kejayaan

Masturah berkata, sepanjang tujuh tahun menjalinkan hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan, cabaran utama yang sering dihadapi adalah masalah persefahaman.

Gambar: Siakap Keli

“Cabaran yang paling besar dan sentiasa menemami kami iaitu persefahaman antara pasangan (rakan kongsi).

“Kalau tidak sabar memang sedia untuk ‘gulung tikar’. Sebab itu ramai perniagaan dengan rakan kongsi kita lihat tidak dapat bertahan dengan lama,” ujarnya sewaktu ditemui.

Tegasnya, komunikasi antara rakan kongsi menjadi aspek utama yang dititikberatkan selain cabaran lain termasuk modal, idea dan langkah mempromosikan menu dalam pasaran.

tumez untung rm1
Gambar: Siakap Keli

Masturah dan Fateha turut mengakui keluarga merupakan tunjang kekuatan mereka sepanjang membuka perniagaan Tumez. Lebih-lebih Fateha mengambil keputusan berani untuk berhenti dari tempat kerjanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, ahli keluarga setia memberikan sokongan dan dorongan kepadanya mencari sesuap nasi bagi menyara kehidupan.

Nasihat Kepada Peniaga Di Luar Sana

Sebagai individu yang telah menceburi bidang ini, Masturah menasihatkan untuk mereka yang ingin menyelam ke bidang keusahawanan supaya perlu lebih berani.

tumez untung rm1
Gambar: Siakap Keli

“Ramai orang tidak yakin, takut dan tidak berani untuk mencuba. Bidang ini hanya untuk orang-orang yang berani untuk masuk dan sanggup menghadapi risiko,” katanya.

Antara momen yang tidak dapat dilupakan mereka berdua termasuklah pernah mendapat pulangan hanya RM1 seorang. Setelah tujuh tahun, kini mereka bersyukur perniagaan Tumez semakin berkembang maju dan mempunyai cawangan selain di Cyberjaya.

Gambar: Siakap Keli

Bagi korang yang ingin merasai keaslian masakan Melayu boleh datang ke Rekascape di Cyberjaya.

Tonton video Siakap Keli di bawah untuk ‘menyelami’ temubual bersama Masturah dan Fateha.