Siakap Keli
manchester united antony digantung brazil
Kredit: AFP

Kes Disiasat Polis, Brazil ‘Gantung’ Penyerang Sayap MU, Antony Dari Skuad Kebangsaan

Kes Disiasat Polis, Brazil ‘Gantung’ Penyerang Sayap MU, Antony Dari Skuad Kebangsaan

Penyerang sayap Manchester United, Antony digantung daripada mewakili skuad Brazil susulan dakwaan terlibat dengan keganasan domestik ke atas seorang wanita, yang dipercayai bekas teman wanitanya.

Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun itu disahkan manjadi sebahagian skuad Seleção bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia/CONMEBOL menentang Bolivia dan Peru.

Walau bagaimanapun, Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) mengumumkan penggantungan pemain tersebut pada Isnin.

”Kami memaklumkan bahawa penyertaan pemain MU, Antony bersama skuad kebangsaan digantung terlebih dahulu. Dakwaan melibatkan pemain tersebut seperti yang didedahkan kepada umum pada Isnin perlu disiasat terlebih dahulu.

”Ia untuk melindungi mangsa, pemain, pasukan Brazil dan CBF,” umum persatuan tersebut.

Ada kes sedang disiasat, Brazil gantung pemain sayap MU, Antony

Susulan penggantungan itu, Gabriel Jesus telah dipanggil sebagai pengganti Antony bagi kedua-dua perlawanan berkenaan.

Difahamkan, dakwaan melibatkan Antony pertama kali muncul pada Jun lepas. Manakala mangsa pada Isnin telah membuat pendedahan termasuk kecederaan yang didakwa dialaminya kepada umum.

Pendedahan yang dibuat itu kini sedang disiasat pihak berkuasa Brazi. Penguatkuasa di Manchester turut mengambil maklum mengenai dakwaan tersebut.

“Polis Manchester mengambil maklum akan dakwaan yang dibuat dan siasatan masih diteruskan berkenaan laporan-laporan yang diterima.”

Antony dalam pada itu telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi media sosial bagi menafikan semua dakwaan yang dikenakan ke atasnya.

”Bagi menghormati peminat, rakan dan keluarga, saya rasa bertanggungjawab untuk bercakap secara terbuka bahawa tuduhan dikenakan ke atas saya adalah tidak benar.

”Sejak awal saya telah menangani isu ini secara serius dan memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada pihak berkuasa polis.

”Ia kini menjadi kes yang sedang disiasat polis. Jadi, saya tidak boleh mendedahkan apa yang berlaku kepada umum,” katanya.

Untuk makluman, Antony telah bermain bersama Brazil ketika Piala Dunia di Qatar pada tahun lepas. Ketika itu, beliau telah menyumbang sebanyak dua gol dalam 16 perlawanan melibatkan pasukan kebangsaannya.

Beliau juga turut bermain dalam perlawanan menentang Arsenal baru-baru ini, yang menyaksikan pasukannya tewas 1-3.

BACA: Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

Sumber: ESPN

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma