Siakap Keli
Check cendawan enoki
Kredit Facebook/Chef Deedee Mansor

Tengok Warna, Cef Kongsi 4 Benda Kena “Check” Untuk Tahu Cendawan Enoki Masih “Fresh”

Tengok Warna, Cef Kongsi 4 Benda Kena “Check” Untuk Tahu Cendawan Enoki Masih “Fresh”

Pelbagai jenis cendawan yang boleh kita temui dijual di pasaraya-pasaraya di negara kita.

Terdapat cendawan yang boleh dimakan dan ada juga jenis cendawan yang tidak boleh dimakan serta beracun.

Bagi penggemar cendawan, pasti mengenali cendawan Enoki yang sering digunakan sebagai pelengkap masakan seperti Tom Yam.

Selain dimasukkan dalam hidangan Tom Yam, cendawan ini juga sesuai dijadikan sebagai cendawan goreng tepung yang rangup.

Namun begitu, ada kalanya cendawan yang terdapat di pasaraya sering rosak dan tidak segar.

Oleh itu, penulisan pada hari ini akan berkongsikan tips bagaimana cara untuk memilih cendawan enoki yang segar dan elok.

Perkongsian tips ini telah dikongsikan oleh seorang Chef di Facebook yang menggunakan nama Chef Deedee Mansor.

Menurut chef wanita itu, cara nak pilih Enoki adalah dengan melihat bahagian atas kepala cendawan tersebut.

“Nak pilih enoki, pilih yang mcm belah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan dah kembang masuk angin dan air,” tulis menerusi hantaran muat naik tersebut berserta gambar.

Selain itu, tips lainnya adalah dengan memicit cendawan tadi untuk melihat sama ada ia menyerap air dan lembik atau bagaimana.

Kredit Facebook/Chef Deedee Mansor

Bungkusan cendawan yang baik adalah ia tidak akan dimasuki air dengan mudah bagi memastikan cendawan sentiasa segar.

Tips yang seterusnya adalah dengan melihat warna cendawan tersebut. Jika warna cendawan agak kekuningan, maka ia mungkin sudah tidak segar dan dimasuki air. Pastikan ambil cendawan yang memiliki warna putih dan cerah.

Tips terakhir adalah cek bungkusan vakum dan pastikan ia tidak dimasuki angin dan air.

Perkongsian daripada chef itu telah mendapat perhatian pengguna Facebook yang lain. Ia juga telah dikongsikan lebih daripada lima ribu pengguna media sosial tersebut.

Beberapa pengguna media sosial turut dilihat sempat meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian tips tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Ingatkan sebab dia vakum jadi macam tu. Sebab selalu nampak sebelah dekat pasaraya. Terima kasih kongsi ilmu. Saya suka sangat enoki ni letak dalam mi segera,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui berkenaan tips tersebut.

“Perkongsian yang baik, terima kasih,” tulis seorang netizen yang berterima kasih dengan perkongsian bermanfaat tersebut.

“Terima kasih chef, berkongsi ilmu,” tulis seorang netizen lagi.

Diharap perkongsian pada hari ini dapat memberikan manfaat dan ilmu yang baharu kepada semua pembaca.

Sumber: Facebook/Chef Deedee Mansor

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka