Siakap Keli
azhan rani jodoh
Kredit: @azhan_rani/Instagram

Usia Hampir 50 Tahun, Azhan Rani Tak Fikir Soal Jodoh, Komitmen Lebih Pada Kerjaya & Ibu

Usia Hampir 50 Tahun, Azhan Rani Tak Fikir Soal Jodoh, Komitmen Lebih Pada Kerjaya & Ibu

Komitmen lebih kepada kerjaya dan ibu, pelakon Azhan Rani mengakui dirinya tidak terfikir soal jodoh meskipun umur hampir mencecah 50 tahun kerana sedang sibuk fokus pada perkara penting dalam hidupnya.

Lapor Gempak, pelakon berusia 47 tahun itu mengatakan dia masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang kerana lebih tertarik untuk memberikan perhatian penuh terhadap kerjayanya.

Difahamkan juga, selain daripada kerjaya seninya, Azhan juga sedang menjaga ibunya yang sudah uzur.

“Saya tak pernah fikir pun soal jodoh ini. Antara sebabnya adalah kerana saya fokus pada komitmen kerjaya dan saya menjaga ibu yang sedang uzur.

“Bila saya tiada komitmen keluarga sendiri, saya ada banyak masa untuk menjalankan tanggungjawab pada ibu berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga.

“Saya tak nak kata itu satu pengorbanan kerana ia merupakan tanggungjawab,” katanya.

Azhan berkata demikian ketika ditemui Gempak pada tayangan perdana filem Tebus baru-baru ini.

Tambah Azhan, walaupun tiada peneman namun harinya penuh dengan aktiviti yang perlu dilakukan.

Azhan turut mengatakan dia masih selesa untuk menjawab soalan daripada orang ramai berkaitan dengan jodoh kerana baginya mereka hanya mengambil berat tentang dirinya.

“Saya tak sunyi pun. Saya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya ada kucing dan ibu yang menemani hari-hari saya.

“Saya juga meraikan sahaja pertanyaan mereka tentang soal kahwin kerana saya faham mereka cuma prihatin terhadap diri saya,” katanya.

Sumber: Gempak

BACA: Pelakon TS Michelle Yeoh Berkahwin Dengan Jean Todt Selepas 19 Tahun Jalin Hubungan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana