Siakap Keli
kanak-kanak dilanggar kereta
Kredit: Gambar Tular

Kanak-kanak Cedera Dilanggar Kereta Mengundur

Kanak-kanak Cedera Dilanggar Kereta Mengundur

SHAH ALAM, 6 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan yang tular menerusi media sosial dilanggar sebuah kereta mengundur dalam keadaan laju di kaki lima sebuah kedai di Jalan Eco Grandeur 1/8, Bandar Puncak Alam, dekat sini, semalam, disahkan mengalami cedera ringan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin berkata kejadian pada 6.40 petang itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan calar pada bahagian muka.

“Kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah, Puncak Alam untuk rawatan. Kira-kira 8.30 malam, mangsa telah disahkan berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ambia berkata ketika kejadian, pemandu kereta itu dalam perjalanan bagi mengambil anaknya pulang dari tadika.

“Tiba di lokasi, semasa pemandu mahu mengundur untuk memasuki petak parkir, dia dipercayai tertekan pedal minyak secara mendadak sehingga menyebabkan kereta mengundur dalam keadaan laju.

“Kereta itu kemudian melanggar mangsa yang berada di kaki lima kawasan itu dan pintu hadapan premis kedai berkenaan,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, media melaporkan seorang anggota bomba maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat bertugas apabila motor yang ditungganginya dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa Muhammad Hafize Muhamad Sabri, 25, cedera di kepala dan anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA: Polis Tahan Pengasuh Dera Kanak-Kanak Dua Tahun

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.