Kuala Lumpur, 5 September 2023 – Persatuan Pembangunan Artisans (PPA), sebuah organisasi bukan keuntungan yang berkomitmen untuk memberi kesan positif kepada mata pencarian para artis tempatan, telah mencapai satu kejayaan yang bersejarah – memperolehi RM1 juta dalam jualan sejak penubuhannya. Kejayaan ini dengan jelas menunjukkan komitmen organisasi untuk menyokong para usahawan wanita dan komuniti yang memerlukan kerana keuntungan daripada jualan ini disalurkan secara langsung kepada para artis tempatan.
RM1 juta dalam jualan diperoleh melalui beberapa saluran termasuk pasaran dalam talian, dua buah outletl yang terletak di Pavilion KL dan Eslite Spectrum Starhill serta beberapa bazar secara fizikal yang dianjurkan oleh rangkaian pengedaran mereka, The Artisans Haven.
Sokongan daripada entiti swasta dan syarikat-syarikat juga penting untuk kejayaan ini, dengan lebih dari 10% daripada jualan keseluruhan datang daripada usaha pembelian bersama produk artis tempatan oleh sektor korporat.
Acara ‘Meraikan Jualan RM1 Juta’ menjadi peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang telah menjadi penyokong inisiatif ‘Jom Sapot Artisans’. Sambutan ini, yang diadakan pada 5 September 2023 di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kehadirannya dalam acara ini bertujuan untuk mengajak semua pihak berkepentingan terutamanya entiti swasta untuk memberi sokongan yang lebih besar kepada pembangunan ekonomi tempatan, komuniti yang bertenaga dan usahawan wanita dalam landskap perniagaan kecil Malaysia.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, “Saya percaya acara ini akan menjadi sumber inspirasi, menyemarakkan semangat keusahawanan dan menggalakkan lebih ramai individu terutamanya wanita untuk terlibat dalam sektor yang dinamik ini. Saya juga ingin menggesa lebih banyak syarikat swasta untuk membantu dan menyokong perniagaan kecil tempatan kita. Keterlibatan anda tidak hanya menggerakkan kesinambungan ekonomi tetapi juga menumbuhkan ekosistem inovasi dan kerjasama yang berkembang.”
“Saya sangat terharu melihat syarikat-syarikat swasta bersedia menyokong para artis tempatan kita dengan membeli daripada peniaga-peniaga kecil yang luar biasa ini. Sokongan ini bukan sekadar baik tetapi ia merupakan satu misi bersama untuk memupuk bakat keusahawanan tempatan kita dan membentuk landskap artisan yang bertenaga. Pembelian kecil kita memang memberi kesan dan dalam kes ini ia memberi kesan kerana menjadi mata pencarian bagi para artis ini. Saya benar-benar percaya ia memberi cahaya budaya dan sebahagian dari kemakmuran ekonomi kepada Malaysia,” kata Mohar Ibrahim, Ahli Lembaga Persatuan Pembangunan Artisans.
Dalam satu langkah penting ke arah memupuk pemberdayaan dan kemajuan yang mampan untuk usahawan wanita, The Artisans Haven telah membina kerjasama strategik dengan Yayasan Khadijah International Waqf (L) (KIWF). Kerjasama ini merupakan titik perubahan penting bagi dua entiti yang berkongsi komitmen teguh untuk memperkasa potensi wanita dan komuniti, yang berfungsi sebagai pemangkin perubahan sosial untuk membuka jalan ke masa depan yang lebih cerah dan inklusif.
Kerjasama ini akan menyaksikan KIWF sebagai rakan strategik dalam penciptaan dan pemodelan sebuah outleti waqf serta sokongan kewangan dan moral daripada perniagaan dan agensi kerajaan. Terinspirasi daripada kecekapan perniagaan yang luar biasa Saidatina Khadijah, ia dijangka akan berkembang maju. Dana yang dihasilkan akan digunakan bagi tujuan untuk disalurkan kepada organisasi sejenis yang lain bagi memupuk perkembangan dan kemajuan mereka. Ini mencipta satu lingkaran pemerkasaan, memastikan aliran sokongan yang berterusan dan berkesan dalam komuniti perniagaan kecil.
“Kerjasama ini menandakan penyatuan matlamat yang sama untuk memperkasa wanita oleh sebuah Institusi Waqf Islam dan sebuah NGO yang dipimpin dan dijalankan terutamanya oleh kaum wanita”
Waqf memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat Islam. Ia merupakan sumber utama untuk pelbagai perkhidmatan awam yang disediakan kepada komuniti. Ia telah dipinggirkan sebagai amalan sumbangan amal walaupun secara sejarahnya ia telah berjaya menghasilkan pendapatan mampan dan mengurangkan kadar kemiskinan di negara-negara Islam. Dalam zaman moden ini, peranan Waqf semakin berkurangan. Dengan kerjasama ini, kami bercita-cita untuk menghidupkan semula amalan Waqf terutamanya dalam ruang runcit. Pengurusan yang sewajarnya dan pengagihan Waqf boleh menjadi sumber pendapatan besar bagi Ummah.”
“Bagi kami, ini bukan hanya tentang mempamerkan seni; ini tentang meningkatkan kehidupan usahawan wanita tempatan yang mungkin tidak selalu mendapat peluang di tempat-tempat terunggul bagi memasarkan produk mereka, inilah aspirasi kami: bahawa pemilik tempat membeli-belah dan ruang runcit akan memahami niat kami dan menyokong perniagaan kecil tempatan kita,” ungkap Rohani Mohd Shahir, Pengerusi Yayasan Khadijah International Waqf (L).
Bagi menyambut kerjasama baru antara The Artisans Haven dan KIWF, kedua-dua organisasi telah bekerjasama untuk menganjurkan satu hari yang bermakna bagi 30 orang anak yatim daripada Yayasan Islam Darul Ehsan ke Berjaya Times Square Indoor Theme Park.
Sejak penubuhannya pada tahun 2020, TAH telah kekal kukuh dalam misinya untuk memperkasakan dan meningkatkan artis tempatan kecil dan para peniaga. Dengan rangkaian yang kuat dengan hampir mencapai 1,000 artis tempatan, rangkaian pengedaran TAH telah menyediakan platform bagi individu-individu kreatif ini untuk mempamerkan dan menjual produk-produk unik mereka kepada khalayak yang lebih luas.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang The Artisans Haven,sila layari