Siakap Keli
peserta marathon mengelat
Gambar: AFP

11,000 Peserta Marathon Kantoi ‘Mengelat’, Ada Naik Pengangkutan Awam Semasa Bertanding

 11,000 Peserta Marathon Kantoi ‘Mengelat’, Ada Naik Pengangkutan Awam Semasa Bertanding

Kira-kira 11,000 peserta Mexico City Marathon hilang kelayakan bertanding selepas didapati menipu sepanjang bertanding dalam acara tersebut yang berlangsung pada 27 Ogos lepas.

Difahamkan, jumlah peserta yang hilang kelayakan itu mewakili satu pertiga daripada 30,000 peserta yang menyertai acara marathon berkenaan.

Menurut ESPN yang memetik laporan Marca, peserta-peserta tersebut didapati tidak menghabiskan jarak larian yang sepatutnya iaitu 42.16 kilometer sebelum tiba di lokasi penamat.

Kesemua yang hilang kelayakkan didapati tidak melalui kawasan checkpoint yang ditetapkan, iaitu setiap 5 kilometer. Manakala sebahagian peserta pula didakwa menggunakan kenderaan dan pengangkutan awam untuk menghabiskan jarak larian tersebut.

11,000 peserta marathon di Mexico kantoi mengelat, naik kenderaan & pengangkutan awam semasa bertanding

Penganjur acara larian tersebut dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan terus mengenalpasti dan menyingkirkan peserta yang didapati menipu.

“Institut Sukan Mexico City akan terus mengenalpasti peserta-peserta XL Mexico City Marathon Telcel 2023 yang tidak mempamerkan semangat kesukanan semasa acara tersebut berlangsung. Pendaftaran penyertaan mereka akan dibatalkan,” katanya.

Minggu lepas, pihak penganjur mengaku bahawa segelintir tidak mempamerkan semangat kesukanan semasa acara tersebut berlangsung.

“Acara gah ini bukan sahaja mewakili perayaan yang luar biasa untuk semua penduduk Mexico City, tetapi ia juga merupakan kesempatan untuk menegaskan semula nilai kesukanan.

“Sebagai penyokong amalan integriti dalam mana-mana pertandingan, kami sangat menyokong nilai-nilai ini yang mengukuhkan intipati acara sukan dan kesan positifnya kepada masyarakat.”

Sebelum ini, Mexico City Marathon pernah mengalami masalah serupa dalam edisi-edisi acara larian terdahulu.

Pada 2017, hampir 6,000 pelari telah hilang kelayakan atas sebab yang serupa dan lebih dari 3,000 peserta disingkirkan pada tahun berikutnya.

Terdahulu, acara marathon edisi 2023 itu dimenangi pelari Bolivia, Héctor Garibay Flores yang mendahului peserta-peserta lain dalam kategori lelaki.

Pelari tersebut telah memecahkan rekod terdahulu iaitu catatan masa larian selama 2:08:23.

Manakala pelari Kenya, Celestine Chepchirchir dinobatkan sebagai johan bagi kategori wanita dengan catatan masa 2:27:17.

BACA: Jadi Kegilaan Ramai, Menu Ais Panggang Bersalut Kuah & Rempah ‘Laku Keras’ Di China

Sumber: ESPN 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.