Siakap Keli
ais panggang china
Kredit: Oddity Central

Jadi Kegilaan Ramai, Menu Ais Panggang Bersalut Kuah & Rempah ‘Laku Keras’ Di China

Jadi Kegilaan Ramai, Menu Ais Panggang Bersalut Kuah & Rempah ‘Laku Keras’ Di China

Tular sejak beberapa hari lalu video-video yang menunjukkan orang awam menikmati ais kiub yang dipanggang di China.

Labih menarik, ais yang dipanggang itu persis seperti makanan jalanan yang lain apabila turut disaluti dengan kuah dan rempah.

Sebaik sahaja video menu tersebut tersebar di media sosial, orang ramai mula kehairanan dan ingin tahu bagaimana juadah itu disediakan.

Sebelum ini, batu masak tumis turut menjadi fenomena di negara tersebut. Justeru, ais panggang ini menjadi sensasi terbaharu dari negara Tembok Besar tersebut.

Menu ais panggang bersalut kuah dan rempah laku keras di China

Berdasarkan beberapa laporan berita dari China, snek jalanan yang aneh ini mula dipopularkan oleh sebuah gerai makanan jalanan di  Nanchang, wilayah Jiangxi. Video yang merakam peniaga kedai berkenaan menyediakan ais panggang turut menjadi tular.

Menerusi video terbabit, beberapa ketulan ais besar telah diperap dengan beberapa jenis sos dan rempah ratus. Kemudian, ia dipanggang atas bara api, persis seperti menyediakan barbeque.

Ais tersebut dipanggang dalam tempoh waktu tertentu sebelum dihidangkan di atas pinggan.

Ramai yang tertanya-tanya, kan? Bagaimana orang ramai boleh mendapat kepuasan dengan menikmati ais panggang?

Namun hakikatnya, hidangan tersebut dilaporkan sangat popular ketika musim panas, lagi-lagi apabila ada kedai menghidangkan ais panggang secara percuma.

ais panggang china
Kredit: Oddity Central

Idea asal hidangan tersebut lahir dari satu gurauan ketika musim panas

Selepas video tersebut tular, beberapa agensi berita China berjaya mengesan pengusaha gerai makanan jalanan terbabit dan mengenali hidangan popular itu dengan lebih terperinci.

Rupa-rupanya, pengusaha tersebut mendapat idea untuk membuat ais bakar pada hari yang panas, sebagai cara untuk menyejukkan orang.

Asalnya, idea tersebut hanyalah satu gurauan semata-mata namun, pelanggan tiba-tiba terpikat dan menyukai idea tersebut.

Apabila hidangan bersuhu dingin itu mendapat sambutan yang hangat, pengusaha tersebut terus menghidangkan juadah unik itu.

@mustsharenews

I think put the seasoning on anything also nice 🙃 #mustsharenews #tiktoksg #sgtiktok #chinatok #douyin #weibo #streetfood #china

♬ original sound – MustShareNews – MustShareNews

Difahamkan, hidangan luar biasa itu disajikan secara percuma dan meraih permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

Oleh sebab itu, bagi para pelanggan yang berminat untuk mencuba hidangan ini, mereka perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Antara persoalan terbesar yang berlegar-legar dalam minda warga maya iaitu, adakah makanan ini dianggap sebagai makanan yang panas ataus sejuk?

Jawapannya agak sukar untuk dijelaskan kerana hidangan ini dimasak dengan menggunakan api, tetapi suhu tersebut tidak cukup untuk mencairkan ais secara sepenuhnya.

ais panggang china
Kredit: Oddity Central

BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu

Sumber: Oddity Central

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma