Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekerja Keras Ragut Rumput, Dua Kambing Di Jepun Bakal Bersara Awal

Dua Kambing Bersara Awal
Kredit: X @JREast_official

Dua ekor kambing yang ditugaskan membersihkan kawasan berumput di Stesen Yotsuya, Tokyo, Jepun, bakal bersara lebih awal.

Iklan

Menariknya, keputusan itu dibuat bukan kerana mereka gagal menjalankan tugas, sebaliknya kedua-duanya bekerja terlalu rajin sehingga rumput hampir habis dimakan.

Pada asalnya, tugas mereka dijadualkan berlangsung selama tiga bulan, namun kerja yang sepatutnya selesai pada Disember mungkin berakhir seawal November ini.

Menurut pihak JR East, kedua-dua kambing berkenaan berjaya membersihkan kawasan seluas 900 meter persegi dengan lebih pantas daripada jangkaan.

Malah, kawasan yang sebelum ini dipenuhi tumbuhan hijau kini hampir langsung tidak mempunyai rumput untuk dimakan.

Kisah dua pekerja istimewa ini bermula pada 9 Oktober lalu apabila pihak JR East membawa mereka ke stesen tersebut untuk mengawal pertumbuhan rumput secara semula jadi di kawasan bekas parit luar Istana Edo, berhampiran stesen berkenaan.

Dua ekor kambing bernama Pokke, betina berusia dua tahun, dan Nagi, jantan berusia setahun, mula menjalani kehidupan sementara di kawasan itu.

Dua Kambing Di Jepun Bersara Awal

Kehadiran mereka turut mencuri perhatian orang ramai sehingga diberikan gelaran ‘Yotsuyagi’, gabungan nama Yotsuya dan kambing dalam bahasa Jepun.

Malah, gelagat kedua-duanya sering menjadi bualan di media sosial dengan ramai menyifatkan mereka comel serta berjaya menceriakan suasana.

Bagaimanapun, selepas hampir sebulan setengah bertugas, kawasan ragutan mereka kini hampir kehabisan rumput semula jadi.

Walaupun pihak pengurusan masih memberikan rumput kering sebagai makanan, tugas utama kedua-duanya dianggap sudah selesai.

Disebabkan itu, Pokke dan Nagi dijangka menamatkan tugas lebih awal daripada tarikh asal, iaitu hujung Disember.

Namun, orang ramai mungkin masih berpeluang melihat kambing meragut rumput di kawasan itu sekali lagi tahun depan.

Pihak JR East merancang membawa kumpulan kambing seterusnya kembali ke Stesen Yotsuya antara Mac hingga Mei 2027.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada Pokke dan Nagi akan kembali atau digantikan dengan kambing lain.

Tarikh terakhir kedua-duanya bertugas juga masih belum diumumkan secara rasmi, jadi sesiapa yang belum melihat mereka mungkin perlu berkunjung dalam masa terdekat.

Intipati
  • Pokke dan Nagi ditugaskan membersihkan rumput di Stesen Yotsuya sejak 9 Oktober lalu.
  • JR East berkata kawasan seluas 900 meter persegi dibersihkan lebih pantas daripada jangkaan.
  • Tugas mereka dijangka tamat lebih awal, manakala kumpulan kambing baharu dirancang pada 2027.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan