Siap Menari, Permaisuri Agong “Sporting” Layan Gelagat Wanita Melatah
Dalam Kembara Kenali Borneo, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mula berkunjung ke tiga negeri di Borneo iaitu, Sabah, Sarawak dan Brunei.
Kembara yang bermula sejak 4 September dan bakal berakhir pada 13 September ini menyaksikan orang ramai dapat berpeluang mengenali Raja dan Permaisuri dengan lebih dekat.
Terkenal dengan sifat mesra bersama rakyat, tular baru-baru ini klip rakaman Raja Permaisuri Agong sempat menyantuni peniaga di sebuah gerai di Pekan Nabalu, Ranau untuk mencuba buah tarap yang popular di negeri Sabah.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Tunku Azizah yang sempat “mengusik” seorang rakyat tempatan sewaktu melatah.
Dalam video berdurasi 1 minit 32 saat itu, Tunku Azizah ingin mencuba buah tarap yang diberikan oleh salah seorang wanita.
Bagaimanapun, sewaktu buah berkenaan tercirir ke bawah, Baginda menyedari wanita di hadapannya sempat melatah. Berikutan itu, Tunku Azizah sempat mengusiknya dengan acahan.
Mengikuti lenggok tangan wanita tersebut, Tunku Azizah secara spontan menari sebelum diikuti pula oleh wanita itu.
Sempat Give Me 5 Lagi
@sitibonzai #permaisuriagong#mesrabersamarakyatsabah#diranau#sukatingok #daulattuanku👑🙏 #sitibonzai #fyp
https://www.facebook.com/mysabahinfo/videos/1583902708802439
Meskipun wanita itu masih dalam keadaan melatah, Baginda sempat melakukan gerakan tangan high five. Wanita yang berpakaian tradisi suku kaum Sabah itu kelihatan tersipu malu.
“Maaf..maaf…maaf,” ucapnya sambil menundukkan badannya di hadapan Permaisuri Agong.
BACA JUGA: Tak Dapat Tahan Sebak, Agong & Permaisuri Terharu Terima Sambutan Meriah Di Tawau
Belum habis lagi, Tunku Azizah sekali lagi mengusiknya selepas membasuh tangan ketika wanita itu leka. Momen mencuit hati itu turut disaksikan oleh orang sekeliling.
Warganet Terhibur Tengok Ragam Permaisuri Layan Telatah Wanita itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan Permaisuri Agong yang sporting melayan karenah rakyat jelatanya.
Sebahagian mereka menyifatkan wanita itu bertuah dapat bergurau senda dan bersemuka dengan Permaisuri Agong. Apatah lagi baginda sangat berjiwa rakyat.
Sebak Dapat Sambutan Meriah Daripada Rakyat Sabah
Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan rakyat sewaktu ketibaan Baginda berdua di Tawau, Sabah.
Dalam hantaran video di akaun rasmi Instagram Istana Negara mendedahkan baginda tidak dapat menahan sebak ketika tiba di negeri itu.
Lebih-lebih lagi apabila rakyat tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan baginda bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meskipun terpaksa berhimpit.