Siakap Keli
kereta pembunuh upahan
Kredit: AlertaMundial2/X

Tarik Pin Tapi Lupa Lempar, Bom Meletup Dalam Kereta Pembunuh Upahan

Tarik Pin Tapi Lupa Lempar, Bom Meletup Dalam Kereta Pembunuh Upahan

Sekumpulan pembunuh upahan berdepan detik cemas apabila nyawa mereka hampir diragut gara-gara salah seorangnya terlupa melempar bom di tangan selepas menarik pinnya dan meletup di dalam kereta, lapor Daily Mail.

Satu rakaman kejadian menunjukkan keadaan huru-hara lima lelaki melepaskan tembakan di kediaman di bandar La Concordia, Ecuador pada malam Sabtu lalu.

Pada mulanya, media melaporkan bahawa enam suspek maut dan dua lagi cedera parah selepas bom yang dipegang meletup di dalam kereta.

Pegawai penguatkuasa undang-undang, Gustavo Jávita menyangkal dakwaan tersebut dalam satu temu bual pada Isnin.

Jelasnya, siasatan awal yang dilakukan mendapati tiada rekod berkenaan dengan penjenayah tersebut di pusat perubatan berdekatan.

“Terdapat pusat kesihatan kecil di La Concordia. Kami menyiasat jika terdapat kecederaan akibat kejadian ini, tetapi kami tidak mendapat keputusan,” katanya.

Jávita menambah polis turut melawat kemudahan perubatan di bandar lain di wilayah Santo Domingo dan tiada laporan mengenai orang yang cedera.

Beliau juga berkata pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan daripada pemilik kediaman itu.

Ketika kejadian itu, salah seorang lelaki bersenjata memberi arahan dengan meminta gengnya untuk menembak ke arah kediaman tersebut.

“Tembak ke arah itu,” katanya sambil melepaskan beberapa das tembakan.

Kredit: AlertaMundial2/X

Bagaimanapun, kumpulan itu kemudian dilihat berlari kembali ke kenderaan selepas kelibat mereka dikesan oleh seseorang.

BACA: Dua Rentung Dalam Nahas Kereta Bertembung Lori Kontena

Salah seorang daripada ahli kumpulan menjerit meminta mereka untuk meninggalkan tempat tersebut.

“Pergi…pergi…pergi,” arahnya sebelum pemandu memecut dengan laju.

Pun begitu, setelah hampir 12 saat bergerak dari tempat kejadian, kereta yang dinaiki mereka meletup dan menggegarkan kediaman rumah tersebut..

Letupan bom itu adalah kejadian terbaru dalam rentetan peristiwa ganas yang melanda Ecuador.

Sebelum ini, sebuah kereta berisi bom meletup menggegarkan Kementerian Wanita dan Hak Asasi Manusia lewat Rabu di ibu negara Quito.

Sementara itu, letupan kedua berlaku di luar bangunan Kementerian Penjara pada awal Khamis.

Sumber: Daily Mail

BACA: Suspek Tembak Mati Bomoh Mungkin Pembunuh Upahan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana