Hansi Flick Dipecat Selepas Jerman Dibelasah Jepun
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Jerman, Hansi Flick sah dipecat selepas kekalahan memalukan ke atas gergasi Asia, Jepun. Perlawanan persahabatan itu menyaksikan Jerman tewas 4-1. Ia kekal rekod tanpa kalah Jepun menentang Jerman selepas kali terakhir bertemu di kempen Piala Dunia Qatar tahun lepas.
Prestasi buruk pasukan Jerman sejak kempen Piala Dunia makin melarat dan belum selesai sehingga kini. Hansi Flick dipecat sembilan bulan sebelum kejohanan Euro 2024 bermula. Ia memberi tamparan hebat buat peminat Jerman yang mahu menyaksikan pasukan Die Mannschaft bangkit dari kekecewaan Piala Dunia Qatar.
Hansi Flick menggantikan jurulatih Joachim Low yang menamatkan eranya sejak 2006. Low berjaya membawa Jerman bergelar Juara Dunia di Piala Dunia Brazil 2014 dan menjadikan Low antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah Jerman.
BREAKING: Hansi Flick has been fired, he’s no longer German national team head coach 🚨⚪️🇩🇪
Federation set to discuss internally on new manager as Germany will host Euro 2024 in 9 months.
Rudi Völler will be on the bench as interim coach. pic.twitter.com/rXAXaTdyhO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 10, 2023
Untuk rekod lima perlawanan terakhir Flick, Jerman hanya berjaya mencatat satu keputusan seri. Selainnya tewas dengan Belgium, Poland, Columbia dan Jepun. Dalam lima perlawanan itu, Jerman bolos 13 gol dan hanya menjaringkan enam gol.
Jerman kini dipimpin jurulatih interim, Rudi Voller. Ura-ura selepas pemecatan Flick, nama pengurus Liverpool, Jurgen Klopp antara calon yang disebut membimbing Jerman bagi menghadapi kejohanan Euro 2024.
Seperti semua maklum, Jerman ketika ini memiliki ramai jurulatih bertaraf dunia seperti Jurgen Klopp, Thomas Tuchel, Julian Nagelsmann, Ralf Rangnick dan Jurgen Klinnsman. Hanya perlu memilih jurulatih yang tepat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Jerman sebagai kuasa besar Eropah.
Jerman dalam sejarah bola sepaknya pernah menjuarai empat kali Piala Dunia iaitu tahun 1954, 1974, 1990 dan 2014. Kejohanan Euro pula kali terakhir dimenangi pada tahun 1996 di England.
Sumber: Fabrizio Romano