Siakap Keli
gunung bromo masih ditutup
Gambar: Detik Jatim

Kawasan Pelancongan Di Gunung Bromo Masih Ditutup, Operasi Padam Kebakaran Giat Dijalankan

Kawasan Pelancongan Di Gunung Bromo Masih Ditutup, Operasi Padam Kebakaran Giat Dijalankan

Susulan insiden kebakaran yang berlaku di Gunung Bromo, semua kawasan di situ dilaporkan masih lagi ditutup sepenuhnya hari ini.

Memetik laporan Detik Jatim, usaha untuk memadam kebakaran menggunakan helikopter masih lagi giat dijalankan.

Ketua Dinas Kedaruratan dan Logistik BPBP Kabupaten Malang, Sadono Irawan berkata air akan diambil dari kawasan Wringinanom, Kabupaten Malang dengan menggunakan helikopter pengebom air. Ia kemudian akan bergerak ke arah api yang sedang marak di kawasan Gunung Bromo.

Gambar: Detik Jatim

“Hampir 15 Pengeboman air dilakukan sejak pagi untuk memadamkan api. Air diambil dari kawasan Wringinanom,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pentadbiran Pusat TNBTS , Septi Eka Wardhani berkata masih terdapat kepulan asap di kawasan Blok Watangan dan sekitarnya.

BACA: Padah Guna Suar Semasa Bergambar ‘Pre-Wedding’, Gunung Bromo Terbakar 50 Hektar

“Masih ada kepulan asap di Blok Watangan dan kawasan sekitarnya. Pegawai kini sedang menumpukan pada penyejukan dengan menggunakan jetshooter bagi memastikan tiada bara api,” katanya.

Gambar: Antarafoto

Terdahulu, Pusat Taman Negara Bromo Tengger Semeru telah menutup sepenuhnya akses pelancong sejak Ahad.

Sementara itu, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan mengenai kebakaran tersebut yang dipercayai berpunca daripada sesi pra-perkahwinan.

Pengurus yang mengendalikan sesi itu juga telah dinamakan sebagai suspek dalam kes tersebut.

Kejadian bermula apabila pasangan kekasih menyalakan suar semasa penggambaran pra-perkahwinan di gunung itu.

Difahamkan, salah satu daripada lima suar yang digunakan oleh mereka gagal dinyalakan. Ia kemudian meletup dan menyebabkan lokasi penggambaran mula terbakar.

Sumber: Detik Jatim

Sofea

Iqra'.