Tengah Kira Duit Salam Kaut, Wanita Jumpa Duit RM20 Versi “Homemade”
Sudah menjadi budaya kenduri-kendera di Malaysia, tetamu yang datang ke kenduri kita biasanya tidak datang dengan tangan kosong semata-mata.
Lazimnya, tetamu khususnya tetamu kenduri kahwin, akan memberik sedikit wang ‘sedekah’ kepada tuan rumah. Pemberian ini sangat terkenal dengan istilah salam kaut dalam bahasa seharian kita.
Duit salam kaut ini biasanya diberikan kepada ibu bapa atau waris pengantin. Manakala bagi pengantin pula, mereka biasanya menerima hadiah dalam bentuk barang yang diberikan oleh sanak-saudara dan kenalan rapat.
Sungguhpun begitu, tradisi ini bukanlah satu kewajiban dan pemberian adalah berdasarkan kehendak serta kemampuan tetamu tersebut.
Jumpa dua keping duit RM20 ‘homemade’ semasa kira duit salam kaut yang diperolehi semasa kenduri
Menerusi video kiriman pengguna yang dikenali sebagai Jiha (jihaaaa98) di TikTok, wanita tersebut berkongsi saat-saat luar biasa sewaktu dirinya sedang mengira pemberian salam kaut.
Pada awalnya, Jiha mengira duit tunai seperti biasa. Terdapat beberapa keping duit RM50, RM10 dan RM1 yang disusun mengikut nilai not.
Semasa mengira jumlah keseluruhan pemberian, wanita itu menyedari kehadiran dua keping not RM20 kelihatan agak mencurigakan.
Tidak seperti RM20 biasa, dua keping RM20 yang diterima Jiha memiliki rekaan yang luar biasa. ‘Rekaan luar biasa’ pada RM20 tersebut menampilkan efek yang ‘seakan-akan’ dilukis dengan menggunakan pensil warna.
Jika diterbalikkan, bahagian wang yang sepatutnya menunjukkan gambar penyu yang sedang berenang juga kelihatan ‘aneh’. Gambar penyu pada wang kertas yang mencurigakan itu berbadan hitam dan tidak mempunyai wajah yang jelas.
Terhibur dengan wang RM20 handmade yang diterimanya, Jiha telah memuatnaik saat-saat tersebut menerusi akaun TikToknya.
“Agak-agak bawak ke Bank Negara dapat berapa ya?,” tulis Jiha pada ruangan kapsyen sambil disertai emoji ketawa.
Dalam video terbabit, wanita tersebut menjelaskan bahawa dirinya pernah terdengar bahawa ada tetamu yang hadir kenduri dan memberikan sama ada, tisu kosong, sampul duit kosong kepada tuan rumah.
@jihaaaa98 agak2 bawak ke bank negara dapat berapa ya? 😆😆
Namun, Jiha tidak menyangka untuk menerima kejutan berupa dua keping wang kertas RM20 handmade. Dia menyifatkan tindakan manusia sememangnya sukar diramal dan ada sahaja yang dilakukannya.
Video tersebut telah meraih perhatian warga maya apabila meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan, 49.3k likes dan 2534 komen dari pengguna.
Rata-rata, pengguna terhibur dengan hasil wang kertas buatan tangan dan memuji usahanya untuk menghasilkan ‘art berat’ itu.
“Ni duit alam lain…saya syak ada bunian mai makan kendri hari tu,”
“Tak ternilai yeah art berat ni,”,
BACA: Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD
Sumber: jihaaaa98 via TikTok