Siakap Keli
cjng skuad kartel dadah
Kredit: Insight Crime, Reddit

CJNG: Jangan Salah Orang, Ini Bukan Polis Elit Tapi Skuad Kartel Dadah Mexico

CJNG: Jangan Salah Orang, Ini Bukan Polis Elit Tapi Skuad Kartel Dadah Mexico

Kalau lihat dengan sekilas pandang, pakaian anggota tersebut sama seperti skuad keselamatan elit di Malaysia, sehingga ada yang mengatakan ia adalah anggota yang membantu menyelamatkan negara.

Pun begitu, walaupun luarannya mempunyai warna dan pakaian yang hampir mirip namun peranan yang dipegang oleh anggota tersebut adalah berlainan.

Sebenarnya, mereka ialah Generasi Baru Kartel Jalisco (Cartel Jalisco Nueva Generación – CJNG) yang merupakan kumpulan jenayah di Mexico yang muncul akibat pembunuhan, penangkapan dan keretakan yang berlaku dalam kartel sebelumnya.

Ia terkenal dengan penggunaan keganasan yang agresif dan kempen perhubungan awamnya. Walaupun ia melibatkan penangkapan beberapa pemimpin tertinggi, ia kini menjadi ancaman jenayah utama Mexico dan dilihat akan terus berkembang.

Sebab CJNG dibentuk

Kredit: Courier Journal

Menurut sejarah, CJNG mula ditubuhkan selepas pasukan keselamatan Mexico membunuh bekas kumpulan Sinaloa Cartel, capo (ketua) Ignacio Coronel atau nama panggilannya Nacho pada Julai 2010.

Sebelum kematiannya, Nacho sempat memberi arahan kepada ketua kumpulan Kartel Milenio, Óscar Orlando Nava Valencia, atau nama panggilannya, El Lobo untuk membantunya.

Disebabkan itu, kumpulan penjenayah tersebut membantu memindahkan penghantaran dadah dan menguruskan kewangan untuk Sinaloa Cartel, yang beroperasi di negeri tertentu iaitu di Jalisco dan Colima dan kemudiannya meluas ke Michoacán dan Mexico City.

Bagaimanapun, semasa kumpulan itu dikejutkan dengan berita kematian Nacho, El Lobo telah ditangkap dan Kartel Milenio mengalami krisis dalaman di mana kumpulan itu mula berpecah kepada dua pihak, iaitu La Resistencia dan puak Torcidos (The Twisted Ones).

Puak Torcidos itu didakwa telah menjadi punca penangkapan El Lobo dan La Resistencia mempercayai dan menuduh mereka menyerahkan ketua mereka kepada pihak berkuasa.

Kematian Nacho membuatkan kedua-dua kumpulan kehilangan ketua namun, kumpulan-kumpulan tersebut masih berjuang untuk mengawal pengedaran dadah di Jalisco.

Torcidos kini dikenali sebagai CJNG, yang muncul sebagai pengganti kepada rangkaian capo Sinaloan di rantau ini.

Individu dari Milenio Cartel yang dikenali sebagai El Mencho atau nama sebenarnya, Nemesio Oseguera Ramos telah dianggap sebagai ketua dan pengasas CJNG.

Manakala, pengendali utama asalnya juga dari kumpulan yang sama iaitu El 85 yang nama sebenarnya Erick Valencia dan Martin Arzola Ortega atau nama sebenarnya, El 53.

Kredit: The Times

Kumpulan itu sering dikaitkan dengan penggunaan keganasan yang melampau dan selepas kemunculan CJNG, kes pembunuhan, hilang secara paksa dan penemuan kubur secara besar-besaran oleh pihak berkuasa meningkat di Jalisco.

Pihak keselamatan Mexico sebelum ini pernah menyatakan bahawa kumpulan itu memiliki persenjataan yang sangat canggih, termasuk pelancar bom tangan digunakan untuk melakukan serangan pada Mac 2015. 

CJNG juga pernah terlibat dalam serangan berprofil tinggi terhadap pegawai awam. Pada Mei 2018, kumpulan itu cuba membunuh Luis Carlos Nájera, bekas Setiausaha Keselamatan Jalisco.

Manakala, pada Jun 2020, ia membuat percubaan berani untuk membunuh Omar García Harfuch, Setiausaha Keselamatan Awam Mexico City. Pada bulan yang sama, seorang hakim di negeri barat Colima, yang telah membicarakan pelbagai kes terhadap anggota kartel, dibunuh bersama isterinya.

Perbuatan terlarang yang dilakukan CJNG

Selain daripada menjadi organisasi pengedaran dadah yang pelbagai, ia juga terkenal dengan pengeluaran methamphetamine yang prolifik dan pengimportan bahan kimia dari China dan India.

Dalam pada itu, CJNG juga turut mengupah saintis dan pakar memasak untuk mencipta bahan kimia mereka sendiri, membolehkan kartel itu berkembang dalam pembuatan dan penjualan dadah fentanyl dan heroin.

Selain itu, usaha CJNG untuk mengawal pelabuhan utama di Pantai Pasifik dan Teluk telah membolehkannya memusatkan komponen utama rantaian bekalan narkotik global.

CJNG, khususnya, menuntut kawalan ke atas pelabuhan Veracruz, Manzanillo dan Lázaro Cardenas, memberikan kumpulan itu akses kepada bahan kimia yang berasal dari China dan kawasan lain di Amerika Latin.

Akibatnya, CJNG dapat meneruskan pelan pertumbuhan agresif, yang telah didorong oleh peningkatan dalam permintaan di Amerika Syarikat (US) untuk methamphetamine Mexico, heroin dan fentanyl.

BACA: Doktor Ajar Teknik Untuk Buatkan Bayi Baru Lahir Berhenti Menangis

Usaha pihak berkuasa perangi CJNG

Kredit: Dialogo Americas

Pada 2020, Unit Perisikan Kewangan Mexico, cawangan kementerian kewangan yang bertanggungjawab untuk mengesan dan mencegah pengubahan wang haram berkata bahawa ia telah meminta agar kira-kira 2,000 akaun yang dilaporkan terikat dengan CJNG yang ganas dibekukan.

Menurut laporan itu, pegawai Mexico bekerjasama dengan DEA menemui sebilangan besar ahli organisasi jenayah itu serta pengendali kewangan dan firma utamanya yang digunakan dalam pengubahan wang haram.

Pada Februari 2021, Sanchez-Rios, bekas pemilik dan pengendali perniagaan Martinsville yang melakukan pengubahan wang haram kira-kira lebih RM20 juta untuk CJNG, dijatuhi hukuman penjara 96 bulan oleh Mahkamah Daerah US.

Sanchez-Rios dan 12 anggota CJNG yang lain dituduh pada Mac 2019 atas dakwaan penyeludupan narkotik persekutuan dan pengubahan wang haram.

Sanchez-Rios mengaku bersalah pada Jun 2020 atas konspirasi melakukan pengubahan wang haram dan menguruskan perniagaan yang memindahkan dana yang diperoleh secara haram.

Manakala, anak perempuan El Mencho, mengaku bersalah atas interaksi kewangan dengan entiti Mexico yang dikenal pasti pada Mac 2021.

Dia dijatuhi hukuman penjara 30 bulan pada Jun 2021 dan sebelum ini, anak lelakinya ditangkap pada 2015 dan dihadapkan ke mahkamah pada Februari 2020 atas penyeludupan narkotik caj di Washington, D.C.

Sumber: Insight Crime, Sanction Sanner

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.