Siakap Keli
permaisuri kurang sihat
Kredit TikTok/@tunku.hajah.aziza1

Kurang Sihat, Permaisuri Berkerusi Roda Ketika Di Lapangan Terbang

Kurang Sihat, Permaisuri Berkerusi Roda Ketika Di Lapangan Terbang

Lawatan Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bermula pada 4 September lalu akhirnya melabuhkan tirainya semalam.

Kembara itu berakhir di Telok Melano, Sarawak selepas merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @tunku.hajah.aziza1, Baginda YDPA bersama Permaisuri serta dua anaknya dilihat sedang berada di lapangan terbang di Sarawak.

Apa yang menarik perhatian adalah, Tunku Azizah dilihat hanya duduk di atas kerusi roda sambil ditolak oleh puteranya.

Tunku Azizah dilihat duduk di atas kerusi roda tersebut sambil berswafoto bersama rakyat yang membanjiri perkarangan lapangan terbang.

Kredit TikTok

Kembara selama hampir 10 hari itu mungkin telah menyebabkan Baginda Permaisuri berasa sedikit kurang sihat.

Selesai berswafoto, Tunku Azizah kemudiannya dilihat telah ditolak oleh puteranya iaitu Tengku Taim di laluan berlepas lapangan terbang.

Kredit TikTok

Ketika perjalanan pulang itu, Baginda dan anaknya, Tengku Hasanal dilihat lengkap berpakaian uniform angkatan tentera.

Keberangkatan Baginda dan Permaisuri telah disambut oleh orang ramai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perkongsian muat naik video itu dengan pantas telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Mereka juga dilihat sempat meninggalkan komen mereka berkenaan muat naik tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Daulat Tuanku. Semoga Permaisuri Agong cepat sembuh,” tulis seorang netizen.

“Cepat sembuh Permaisuri. Terima kasih Tuanku dan keluarga. Semoga selamat sampai. Jemput datang lagi,” tuli seorang lagi netizen yang berharap Baginda dan Permaisuri dapat kembai lagi ke Sabah dan Sarawak.

“Ya Allah, pelihara dan kembalikan semula kesihatan yang sempurna buat Permaisuri rakyat Malaysia, Amin Ya Robbal Alamin,” tuli seorang lagi netizen yang mendoakan kesembuhan Baginda dan Permaisuri.

@tunku.hajah.aziza1

“semoga Tunku Hajah Azizah cepat sembuh #sarawaktiktok #tunku #tunkuazizahmaimunahiskandariah #fypシ #tunkuhajahazizah #foryoupageofficiall #yangdipertuanagong #kembarakenaliborneo #tunkuazizah

♬ original sound – TUNKU HAJAH AZIZAH – TUNKU HAJAH AZIZAH

Untuk makluman, Kembara Kenali Borneo berlangsung dari 4 hingga 13 September.

Kembara itu berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Kembara ini dapat memberikan peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dengan pasangan diraja dan delegasi.

Sumber: TikTok/@tunku.hajah.aziza1

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.