Siakap Keli
"rider" didakwa di mahkamah
Gambar: Tangkap Layar Tular

Lesen Tamat Tempoh & Tiada Insurans, “Rider” Akan Didakwa Di Mahkamah Disember Ini

Lesen Tamat Tempoh & Tiada Insurans, “Rider” Akan Didakwa Di Mahkamah Disember Ini

SEREMBAN — Seorang penghantar makanan yang tular baru-baru ini bakal didakwa di Mahkamah pada Disember ini, lapor Sinar Harian.

Dalam rakaman yang tular, lelaki terbabit berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya di Nilai baru-baru ini.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, individu berumur 26 tahun itu didakwa atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tiada insurans.

Rider Makanan Didakwa Hujang Tahun Ini

Dia diperintahkan untuk hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini atas dakwaan berkenaan.

“Kami hanya mengambil tindakan mengikut undang-undang.

“Tetapi pemuda itu boleh mengambil semula motosikalnya selepas fail siasatan telah dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui,” ujarnya sewaktu dihubungi Sinar Harian hari ini.

Lelaki terbabit mula mencuri perhatian ramai berikutan video berdurasi 18 saat tular di media sosial.

Perkara itu juga mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen.

BACA JUGA: Achey Tampil Bantu “Repair”, Dapatkan Semula Motosikal Abang Foodpanda Yang Disita 

Sementara itu, penghantar makanan terbabit mengakui kesalahan itu dan mengambil iktibar tentang apa yang berlaku.

Rezeki Motosikal Baharu

Dalam masa yang sama, dia juga bagaikan dilimpahi rezeki selepas ada individu yang tampil untuk membantunya.

Antaranya adalah pempengaruh, Aisar Khaled yang datang ke rumahnya sendiri. Lebih mengejutkan, Aisar juga menghadiahkan sebuah motosikal baharu jenis LC135 V8 kepada lelaki tersebut.

Aisar dalam satu hantaran di akaun Facebook berkongsi pertemuan dengan penghantar makanan tersebut di sebuah kedai motosikal.

“Dalam rezeki kita, Ada juga rezeki orang lain. Walau apa pun, rancangan Allah itu lebih baik,” katanya.

Pertolongan itu membuatkan dia tidak dapat menahan sebak sejurus melihat motosikal baharu itu.

Selain Aisar,  pelawak terkenal Achey turut memuat naik sebuah video yang menyatakan hasratnya untuk membantu pemuda tersebut mendapatkan motosikalnya semula.

Tambah Achey lagi, motosikal tersebut kini berada di JPJ Senawang dan dia sendiri akan membantu pemuda itu untuk mendapatkannya semula. Perkara itu termasuk kos baik pulih mana-mana bahagian yang rosak dan sebagainya.

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?