Siakap Keli
toei hak cipta video uncle roger
Kredit: Youtube/ MrNigelNg

Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Uncle Roger Lega, One Piece Tarik Balik “Strike” Ke Atas Video “Review” Kari Jepun Sanji

Syarikat animasi, Toei Animation secara rasminya telah menggugurkan tuntutan hak cipta ke atas salah satu video pempengaruh internet, Uncle Roger.

Sebelum ini, Uncle Roger telah membuat ulasan terhadap kari Jepun yang disedikan oleh watak Sanji dalam anime tersebut. Video berkenaan kemudian telah dimuat naik di Youtube dan pantas menarik perhatian warga maya.

Menurut Uncle Roger atau nama sebenarnya, Nigel Ng, Toei Animation menarik balik tuntutan tersebut pada 5 September lepas.

Video bertajuk Uncle Roger Review ONE PIECE Japanese Curry itu dibuat dan dimuat naik ke Youtube pada 27 Ogos lepas.

Kini, video ulasan itu dibenarkan untuk berada di platform berkenaan dan setakat ini meraih sebanyak 2.3 juta tontonan.

Menerusi platform X, Uncle Roger (@MrNigelNg) turut memberikan kredit kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu tersebut.

Dalam ciapannya, beliau turut berterima kasih kepada pasukan Youtube kerana memberikan maklum balas terhadap isu yang dihadapinya dengan baik.

Setakat ini, tiada maklumat tambahan mengapa Toei yang menarik balik tuntutan hak cipta terhadap video tersebut.

BACA: Ramai Tak Tahu, Tiga Individu ‘Elit’ Ini Boleh “Travel” Seluruh Dunia Tanpa Pasport

Dalam pada itu, Uncle Roger berselorh berkata perkara itu mungkin berlaku kerana MSG, iaitu salah satu bahan perasa makanan yang sering dijadikan bahan jenaka dalam videonya.

Selain One Piece, Uncle Roger sebelum ini turut membuat video ulasan makanan yang dihasilkan oleh watak-watak anime, khususnya menerusi anime Shokugeki no Soma: Food Wars!

Tiada konsep ‘fair use‘ dalam undang-undang Jepun, yang secara amnya meliputi kandungan ulasan di Barat.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Toei membuat tuntutan hak cipta ke atas video-video di Youtube.

Sebelum ini, pencipta kandungan Youtube, Mark Fitzpatrick dari Totally Not Mark dan TeamFourStar, kumpulan di sebalik Dragon Ball Z Abridged turut menerima tuntutan hak cipta dari Toei.

Dalam beberapa situasi yang mirip, siri Suede‘s Pokémon Journey telah menerima tuntutan hak cipta kandungan apabila Shogakukan-Shueisha Productions (Sho-Pro) menfailkan aduan ke atas saluran Youtube berkenaan.

One Piece merupakan sebuah manga nukilan Eichiro Oda yang berkisarkan watak utama Monkey D. Luffy bersama rakannya yang mengembara di lautan untuk mencari harta yang ditinggalkan Raja Lanun.

Manga tersebut telah dijadikan sebagai satu siri anime dan masih berlangsung sehingga ke hari ini. Baru-baru ini, siri tersebut telah diadaptasi dalam satu siri drama aksi yang boleh ditonton di Netflix.

BACA: Nasi Bau Hangit, Letak ‘Satu’ Bahan Ini Auto Jadi Wangi Semula

Sumber: Anime Corner

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma