Siakap Keli
istilah dalam sukan ragbi
Kredit TikTok/@jefhazrul, Pascal GUYOT

Ramai Tak Tahu, Lelaki Kongsi Istilah Yang Sering Digunakan Dalam Sukan Ragbi

Ramai Tak Tahu, Lelaki Kongsi Istilah Yang Sering Digunakan Dalam Sukan Ragbi

Sukan merupakan satu aktiviti sihat yang boleh dilakukan oleh seorang individu atau berkumpulan mengikut jenis sukan yang disertai.

Bola sepak merupakan salah satu sukan yang memerlukan seramai 11 orang pemain bagi setiap pasukan lawan.

Selain bola sepak, sukan seperti ragbi, bola tampar, bola baling juga memerlukan beberapa ahli untuk melengkapkan satu pasukan.

Jika dalam sukan bola sepak, istilah seperti ‘off-side’, ‘corner’, penalti dan sebagainya mungkin sudah biasa didengari.

Namun bagi sukan ragbi, terdapat beberapa istilah yang digunakan hanya boleh dijumpai di dalam perlawanan sukan tersebut sahaja.

Untuk mengetahui penggunaan istilah tersebut, mari kita ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @jefhazrul ini.

Menerusi perkongsian bahagian pertama lelaki itu, lima istilah yang dikongsikan adalah ‘Knock-on’, ‘Line Out’, ‘Try’, ‘Conversion’ dan ‘Forward Pass’.

Bagi istilah pertama iaitu knock-on, ia digunakan semasa ahli pasukan memberikan bola kepada pemain lain lalu bola tersebut terlepas ke hadapan.

Bola yang terlepas itu adalah satu kesalahan dan ia dipanggil sebagai knock-on.

Istilah yang seterusnya adalah line-out, ia seakan sama seperti balingan masuk dalam sukan bola sepak cuma berbeza sedikit kerana kedua-dua pasukan ragbi perlu beratur membentuk satu barisan bagi merebut bola selepas bola dilontar ke dalam padang.

Kredit WRU

Bagi istilah try pula, ia digunakan selepas setiap pasukan berjaya memberikan mata. Sebagai contoh, dalam bola sepak ia dipanggil sebagai gol, manakala bagi sukan ragbi ia dipanggil try.

Kredit AFP

Seterusnya adalah conversion, di mana ia selalunya dilakukan selepas try berjaya dilakukan oleh pasukan.

Conversion ini adalah tendangan yang dilakukan untuk menambah sebanyak dua mata kepada pasukan yang berjaya mendapatkan try tadi.

Kredit AFP

Istilah terakhir dalam bahagian pertama pula adalah forward pass, di mana ia merupakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang memberikan bola ke arah hadapan.

Dalam sukan ragbi, bola hanya boleh diberikan kepada pemain lain ke arah belakang bukan ke hadapan.

@jefhazrul

5 istilah Ragbi yg biasa diguna dalam game #ragbi #abamjep

♬ original sound – Abam Jep Ragbi – Abam Jep Ragbi

Lima istilah lain dalam ragbi bahagian 2

Dalam perkongsian bahagian kedua, lima istilah lain yang dikongsikan adalah ‘Scrum’, ‘SinBin’, ‘Fumble’, ‘Offside’ dan ‘Man Down’.

Bagi istilah pertama iaitu scrum, ia digunakan semasa kedua-dua pasukan menghimpunkan pemainnya di tengah-tengah padang untuk merebut dan mendapatkan bola.

Kredit AFP

Yang kedua adalah sinbin, di mana terdapat dua kerusi disediakan di tepi padang buat pemain yang dikenakan kad kuning oleh pengadil.

Istilah ketiga adalah fumble yang bermaksud pemain lawan cuba merampas bola yang berada dalam tangan anda.

Kredit Pascal GUYOT

Bagi istilah offside pula, ia sama saja konsep dengan istilah dalam suka bola sepak. Di mana salah seorang pemain pasukan anda mendahului bola terlebih dahulu.

Istilah yang terakhir man down pula dilakukan selepas terdapat kecederaan di atas padang semasa perlawanan.

@jefhazrul

Part 2… 5 istilah Ragbi #ragbi #abamjep

♬ original sound – Abam Jep Ragbi – Abam Jep Ragbi

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Sekarang anda sudah tahu serba sedikit berkenaan istilah yang digunakan dalam sukan ragbi, jadi lepasni anda lebih faham dengan cara bermain sukan tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca di luar sana.

Sumber: TikTok/@jefhazrul

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka