Siakap Keli
suap makanan rakan oku
Gambar: LADbible

“Berkawan Tak Pandang Fizikal,” Terharu, Murid Perempuan Tak Kekok Bantu Suap Makanan Kepada Rakan OKU

“Berkawan Tak Pandang Fizikal,” Terharu, Murid Perempuan Tak Kekok Bantu Suap Makanan Kepada Rakan OKU

Setiap orang dalam hidupnya pasti mempunyai kisah dan coretan yang berbeza-beza. Ada yang serba kekurangan, dan ada yang melebihi kemampuan daripada orang lain.

Ada yang tidak bernasib baik sejak kecil dan dilahirkan dalam keadaan cacat fizikal ataupun terlibat dalam kemalangan dan sebagainya.

Sekiranya kita berada di tempat mereka, sudah tentu tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan dalam mendepani hari-hari mendatang.  Apatah lagi melihat rakan-rakan di sekeliling mampu melakukan apa sahaja sedangkan diri mereka terbatas.

Oleh itu, kita perlu sentiasa membantu antara satu sama lain agar hidup saling melengkapi dan menutup kekurangan masing-masing kerana semua orang berhak merasai kebahagiaan.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video menyentuh hati  ramai apabila dua orang murid sekolah rendah dilihat sedang makan.

Dalam video berdurasi 41 saat yang dimuat naik itu, seorang murid perempuan berkongsi makanannya bersama rakannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Momen menyentuh hati itu dirakamkan di selatan Sulawesi, Indonesia pada 28 Ogos lalu.

Difahamkan, Marwa, 7, pada awalnya menyedari rakannya Rizki tidak membawa bekal makanan. Oleh itu, dia sanggup berkongsi makanannya.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Apa yang menyentuh hati ramai, Marwa sanggup membantu menyuapkan Rizki sesuap mi goreng di luar bilik darjah.

Gambar: LADbible

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu juga sering membantu Rizki sewaktu tiba di sekolah termasuk di dalam kelas. Mereka berdua juga tidak ubah bagai isi dengan kuku kerana duduk bersebelahan ketika berada di dalam kelas.

Menurut Newsflare, salah seorang guru praktikal di sekolah itu, Siti Nurhaliza Ramadhani, kagum melihat kebaikan Marwa yang sentiasa membantu Rizki.

“Mereka berdua merupakan murid kelas 1 dan rakan semeja. Berkawan dengan seseorang tanpa memandang rupa fizikal adalah sangat menarik,” katanya.

Selain itu, kedua-dua kanak itu juga kelihatan gembira menikmati makanan tersebut.

BACA JUGA: Buat Empat Cara Ni Kalau Nak Aircond Rumah Tahan Lama

Rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak melihat persabatan antara kedua-dua mereka. Lebih-lebih lagi, mereka menyifatkan pelajar perempuan itu mempunyai hati yang baik.

Sumber: LADbible, NewsFlare

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?